Pengedar jual skuter MODA Sporter S Final Edition (2026), warna kuning terhad 600 unit?

Nampaknya ada pilihan varian baharu MODA Sporter S 250 di pasaran. Ada yang panggil Musang King… ada yang panggil Bumblebee….

Ramai pengedar sedang membuat promosi untuk model yang mereka panggil MODA Sporter S 250 Final Edition di Facebook. Malah model ini sudah disusun di kedai-kedai pengedar motosikal MODA di beberapa lokasi.

Ada pengedar mengatakan ini versi sama seperti MODA Sporter S sedia ada di pasaran cuma berbeza warna. Ada yang menjelaskan warna ini ditawarkan untuk 600 unit skuter sahaja dan tidak akan dikeluarkan semula.

Setakat ini, belum ada maklumat rasmi mengenai cakap-cakap ini. Antara maklumat dikongsi ialah harga badan sama macam tahun 2005 ialah RM17,988.

Spesifikasi MODA Sporter S 250 ini dikatakan macam model sedia ada. Tiada perubahan. Apa pun kita tunggu kenyataan rasmi nanti daripada pihak MODA Motorcycle Malaysia.

Artikel berkaitan