Aveta NOVA 250 (2025) dilancarkan dengan 2 warna pilihan, harga badan RM14,388

Aveta Malaysia melancarkan dua model skuter ke pasaran Malaysia iaitu Aveta NOVA 250 (2025) dan juga motosikal mini Aveta Marvel 150.

Artikel ini akan fokus kepada model Aveta NOVA 250 manakala cerita tentang Aveta Marvel 150 (2025) akan dipaparkan dalam laporan berasingan selepas ini.

Aveta NOVA 250 didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Emerald Green (hijau) dan Metro Grey (kelabu). Harga badan ialah RM14,388 tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan.

Malah ada tawaran eksklusif pelancaran untuk 200 pembeli terawal Aveta NOVA 250 yang akan menerima kotak simpanan berjenama GIVI berkapasiti 39L lengkap dengan rak bernilai lebih RM750 secara percuma.

NOVA 250 ada beberapa ciri menarik iaitu dilengkapi dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Sistem Brek ABS Dua Saluran, ruang kapasiti simpanan 20 liter, sistem kekunci pintar dan kamera dashcam untuk bahagian depan.

Ini perincian Aveta NOVA 250:

 

KOLEKSI GAMBAR