
Aveta Malaysia meluaskan lagi keluarga NOVA dengan pelancaran model Aveta NOVA 160 Signature Edition (SE)!
Skuter ini sebenarnya versi naik taraf NOVA 160 dengan adanya dua ciri yang ditunggu-tunggu iaitu Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Ini bermaksud NOVA 160 SE (2025) adalah varian dengan sistem pembrekan paling cekap dalam siri tersendiri dan memenuhi respons yang disuarakan peminat sebelum ini.
Varian terbaru Aveta NOVA 160 SE kini datang dengan tiga warna pilihan baru dengan grafik badan lebih menyerlah iaitu:
- Teal Green (hijau)
- Copper Blaze (tembaga)
- Dark Blue (biru)
INI HARGA NOVA 160 SE
Aveta NOVA 160 Signature Edition akan dijual pada harga pengenalan semurah RM8,088. Harga ini adalah sah sehingga Disember 2025 (tiada tarikh diumumkan lagi).
Selepas bulan Disember 2025, harga badan kembali asal iaitu RM8,388. Kira ada penjimatan RM300.
Semua harga badan ini ialah harga belum kira cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
CERITA SPESIFIKASI
Sebenarnya, spesifikasi yang ada adalah sama yang digunakan pada NOVA 160 sedia ada. Model ini boleh didapati menerusi rangkaian pengedar Aveta bermula minggu depan.
- Enjin: 4-lejang satu silinder SOHC 154.4cc 4-injap, sejukan cecair
- Gerek x lejang: 58mm x 58.5mm
- Kuasa maksimum:15.8hp (11.8kW) @ 8,500rpm
- Tork maksimum: 14.7Nm @ 6,500rpm
- Nisbah mampatan: 10.5 : 1
- Transmisi: CVT (automatik) dengan tali sawat (belt)
- Cara hidup enjin: butang elektrik
- Sistem bahan api: EFI
- Suspensi depan: fork teleskopik biasa
- Suspensi belakang: absorber kembar dengan sub-tank
- Tayar depan: 100/80 – 14
- Tayar belakang: 120/70 – 14
- Brek depan: cakera
- Brek belakang: cakera
- Panjang: 2,003mm
- Lebar: 710mm
- Tinggi: 1,138mm
- Jarak antara roda: 1,370mm
- Jarak dari tanah: 135mm
- Tinggi tempat duduk: 778mm
- Tangki minyak: 10 liter
SEBAB APA KELUAR NOVA 160 SE
Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim menjelaskan ciri naik taraf itu selari dengan usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) ke arah pelaksanaan syarat mandatori ciri brek ABS untuk motosikal 150cc ke atas bermula tahun ini.
ARTIKEL LAIN
- Betul ke ini spesifikasi skuter Aveta NOVA 250 (2025)?
- Aveta mahu jadi jenama motosikal nombor 1 di Sabah, buka premis pertama Aveta Elite Centre
- Ada rancangan lancar skuter Aveta NOVA 160 versi ABS?
- Viral gambar 2 warna Aveta NOVA 250 (2025), jadi lancar November ini?















