
Semasa Aveta NOVA 160 (2025) dilancarkan pada awal tahun ini, satu kekurangan yang dipersoalkan ialah mengapa tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)?
Depan tiada, belakang pun tiada. Sedangkan Kerajaan sudah menyatakan mana-mana model motosikal atau skuter baharu 150cc ke atas wajib ada brek ABS untuk roda depan bermula 1 Januari 2025.
Cumanya, kalau mana-mana pengeluar motosikal sempat mendaftar produk baharu 150cc ke atas dan mendapat kelulusan dari pihak berwajib sebelum 1 Januari 2025, mereka tidak terikat kepada syarat wajib ABS ini.
Seperti kita tahu, Aveta Motor Malaysia sedang menyusun produk baru untuk dilancarkan iaitu monkey bike (Aveta MARVEL 150), skuter kelas 150cc baru dan model paling hangat NOVA 250.
Kru kami merasakan Aveta Motor Malaysia masih mahu buat kejutan lagi…. mungkinkah akan lancar Aveta NOVA 160 versi ABS?
Atau menambah lagi teknologi NOVA 160 dengan Sistem Kawalan Cengkaman (Traction Control System – TCS)?

Ini bukan pengumuman rasmi dari pihak Aveta tapi ini apa yang kru kami fikirkan mungkin terjadi tak lama lagi.
Mungkin juga model yang akan datang ini sudah ditambah baik beberapa aspek dan maklum balas yang diterima dari pengguna Aveta. Kita tunggu apa kata Aveta Motor Malaysia nanti…

