
Aveta NOVA 250 edisi 2026 menerima pilihan warna baharu pada awal tahun ini, tidak lupa juga dengan pengenalan satu versi edisi terhad NOVA. Pembaharuan imej ini dibuat selepas tiga bulan Aveta NOVA 250 dilancarkan di Malaysia.
NOVA 250 ada kembar di China, iaitu model Teyin (Tianying) TX250. Awal bulan ini, skuter maxi ini ditambah baik dan menjadi antara topik hangat dibincangkan peminat skuter di China.
Skuter Tianying TX250F edisi 2026 diperkenalkan dengan dua varian iaitu Deluxe Edition dan Black Gold Edition.
Harga Tianying TX250F
Ini harga diumumkan untuk kedua-dua varian di China:
- Deluxe Edition: 13,980 yuan (anggaran RM8,120)
- Black Gold Edition: 15,980 yuan (anggaran RM9,282)
Warna Tianying TX250F
Ada yang menyatakan harga itu sememangnya amat rendah malah menyamai harga beberapa skuter kelas 150cc di China.
Berhubung pilihan warna, Deluxe didatangkan dengan empat warna manakala Black Gold hanya satu warna:
Deluxe Edition
Black Gold Edition
Enjin Generasi Baharu KS250

Secara asasnya, dua varian ini adalah sama tetapi versi Black Gold menerima tambahan ciri teknologi canggih untuk sebuah skuter dalam kategori 250cc.
Dua varian Tianying TX250 ini dipacu enjin sama yang dibekalkan pihak Loncin iaitu KS250 generasi ketiga.
Enjin itu berkapasiti 247cc 4-injap dengan sistem sejukan cecair menawarkan kuasa 19.5kW (26.15hp) pada 8,250rpm dan tork puncak 24.5Nm pada 6,500rpm.
Berdasarkan maklumat, ada sembilan komponen utama enjin dipertingkat untuk hantaran tork, masa lebih singkat enjin dihidupkan, lebih berdaya memintas pada kelajuan sederhana-tinggi serta pengurangan kesan getaran enjin. Transmisi kekal jenis CVT.
Tangki minyak 13 liter dan anggaran penggunaan bahan api ialah 2.8 liter setiap 100km. NOVA 250 ini dikatakan boleh capai jarak 450km dengan setangki petrol.
Berat kasar skuter 165kg dan ketinggian pelana adalah 760mm (rendah sedikit berbanding Aveta NOVA 250).
Pakej Keselamatan Tunggangan
Skuter ini didatangkan dengan pakej keselamatan standard yang merangkumi sistem brek ABS depan belakang.
Ada Kawalan Cengkaman (TCS), lampu signal amaran henti kecemasan (ESS), TPMS serta kamera dashcam depan belakang 1080p.
Ciri Moden Lain
Instrumen meter jenis TFT berwarna penuh bersaiz 7 inci yang menyokong paparan navigasi (mirroring) dan sambungan Bluetooth dari telefon pintar.
Khabarnya, skuter terbaharu ini boleh diaktifkan dan dihidupkan menggunakan aplikasi dalam telefon pintar.
Black Gold Edition Lebih Canggih

Model ini dilengkapi sensor 6-axis IMU yang menawarkan Sistem Brek ABS Belokan (Cornering ABS).
Ada sistem pemantauan Titik Buta. Paparan pandangan di sebelah sisi dan belakang skuter akan disiarkan pada skrin meter apabila penunggang mengaktifkan signal belok.
Bar hendal aloi aluminum jenis tempaan dan lebih ringan.
Absober berkembar dengan subtank.


















