SYM Husky 200 (2026): Skuter adventure Taiwan bakal tiba di Malaysia, jadi pengganti Husky 150?

Ada dua model SYM Husky sudah dilancarkan di Malaysia iaitu SYM Husky 150 pada April 2024 dan SYM HuskyY 300 pada Januari 2025.

Tapi ada satu lagi model Husky yang mungkin ramai belum ketahui iaitu SYM Husky 200 yang dilihat sebagai bakal pengganti SYM Husky 150.

Ada dua perubahan utama diterima SYM Husky 200 berbanding apa yang ada pada SYM Husky 150 iaitu jenis meter dan kelas kapasiti enjin.

Jenis Meter

SYM Husky 200 kini dilengkapi meter jenis TFT bersaiz 5 inci TFT berwarna dengan fungsi tahap kecerahan automatik mengikut keadaan cahaya sekeliling. (SYM Husky 150 guna meter LCD).

Ada dua mode iaitu Day dan Night disediakan, dan paparan itu boleh ditukar secara automatik mengikut keadaan cahaya.

Kapasiti Enjin

SYM Husky 200 menggunakan enjin satu silinder berkapasiti 175cc dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api.

Kuasa yang dijana ialah 18PS @ 8,000rpm dan tork setinggi 15.6Nm @ 7,000rpm. Secara kasar, outputnya lebih tinggi 3.2hp dengan tork naik 1.1Nm berbanding SYM Husky 150.

Spesifikasi Lain

Secara asasnya, spesifikasi SYM Husky 200 tidak jauh berbeza dengan Husky 150 khususnya saiz rim dan tayar, dimensi tinggi, lebar dan panjang serta kapasiti tangki minyak masih 15 liter.

Apa yang menampakkan perubahan ialah saiz cakera brek belakang kini 230mm dan tempat duduk adalah setinggi 810mm.

Masuk Malaysia?

Berdasarkan maklumat yang kami terima, ya. SYM Husky 200 akan dibawa ke Malaysia menjelang bulan Mei 2026 untuk menyertai pameran Malaysia Bike Show 2026. Bila akan dijual, itu kena tunggu pengumuman dari Mforce Bike Holdings.

Artikel Berkaitan SYM

Galeri Gambar SYM Husky 200