SYM NH-R 125 (2026): Motosikal dual purpose jenama Taiwan terima naik taraf enjin & transmisi

SYM NH-R 300 (2026)

SYM bukan hanya memperkenalkan model dwi-kegunaan SYM NH-R 300 (2026) tetapi juga memperkenalkan model SYM NH-R 125 (2026) iaitu versi dipertingkat kepada NH-T 125 lama

Sebelum bercerita lanjut, NH-R (atau SYM NHR) mendukung maksud kepada singkatan New Horizon Rally. Dua model ini khabarnya ada membuat kemunculan di Pameran Motor Milan (EICMA) sebelum ini.

Secara ringkasnya, model SYM NH-R 125 (2026) nampak sama seperti abangnya, SYM NH-R 300 (2026). Perbezaan paling ketara adalah di bahagian enjin dan berat motosikal.

Aspek fizikal dan ciri menarik sudah kami ceritakan di sini. Maka, dalam artikel ini, kami akan berkongsi maklumat tentang enjin baharu yang digunakan untuk SYM NH-R 125 (2026).

Enjin yang digunakan untuk SYM NH-R 125 (2026) menyaksikan peningkatan kuasa sebanyak 28 peratus dan tork naik 16 peratus berbanding enjin lama pada model NH-T.

SPESIFIKASI ENJIN SYM NH-R 125 & NH-T 125

SPESIFIKASI ENJIN SYM NH-R 300 & NH-R 125

SYM NH-R 300 (2026)SYM NH-R 125 (2026)
EnjinSatu silinder, OHC 4-injapSatu silinder, OHC 4-injap
Kapasiti278cc124cc
Kuasa maksimum17.5kW @ 7,500rpm (23.5hp)10.3kW @ 9,250rpm (13.8hp)
Tork maksimum22.5Nm @ 7,000rpm10.8Nm @ 7,500rpm
Bore x Stroke75mm x 63mm57mm x 48mm
Nisbah mampatan--
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gear6-kelajuan manual6-kelajuan manual
Suspensi depanFork teleskopikFork teleskopik
Suspensi belakangMonoshockMonoshock
Tayar depan100/90 - 19100/90 - 19
Tayar belakang130/80 - 17130/80 - 17
Brek depanCakera tunggal 288mmCakera tunggal 288mm
Brek belakangCakera tunggal 222mmCakera tunggal 222mm
Panjang2,080mm2,080mm
Lebar970mm970mm
Tinggi1,335mm1,335mm
Jarak dari bumi--
Jarak roda1,405mm1,405mm
Tinggi tempat duduk815mm815mm
Tangki minyak14 liter14 liter
Berat177kg163kg
Bonus- Brek ABS depan-belakang
- Sistem lampu LED penuh
- Meter LCD
- Brek ABS depan-belakang
- Sistem lampu LED penuh
- Meter LCD