
MForce Bike Holdings (MForce) membuka tirai tahun 2026 dengan menyusun semula pilihan warna badan untuk skuter adventure SYM Husky 150.
Ada dua perkara dilakukan iaitu menggugurkan beberapa warna sedia ada SYM Husky 150 edisi 2025 dan memperkenalkan warna baharu sebagai SYM Husky 150 edisi 2026.
Seperti diketahui, SYM Husky 150 diperkenalkan di Malaysia dengan dua varian iaitu Standard dan Special Edition (SE).
4 WARNA BAHARU SYM HUSKY 150 (2026)
Ada empat warna baharu diperkenalkan untuk skuter adventure SYM Husky ADV 150 (2026) Special Edition iaitu White, Indigo Blue, Matt Grey dan Glossy Green.
Semua warna baharu ini menerima pelekat grafik badan dan menggunakan rim aloi berwarna emas. Untuk makluman, SYM Husky ADV 150 tahun 2024 dan 2025
Tiada warna baharu diperkenalkan untuk varian SYM Husky ADV 150 (2026) Standard.
Sebelum kami terlupa, harga badan untuk Husky Special Edition ialah RM10,598.
- White
- Matt Grey
- Indigo Blue
- Glossy Green
TAWARAN WARNA PILIHAN SYM HUSKY 150 (2026)
Berdasarkan maklumat diterima, jumlah warna pilihan untuk SYM Husky 150 Special Edition (SE) kini menjadi tujuh dengan mengekalkan tiga warna SE tahun 2024/2025.
Warna yang dikekalkan ialah Grey, Indigo Blue dan Space Grey. Tiga warna ini menggunakan rim aloi berwarna kelabu dan tidak ada pelekat grafik badan.
Warna SE yang digugurkan untuk tahun 2026 ialah Matte Green (hijau).
Untuk varian SYM Husky 150 Standard, warna pilihan tinggal satu iaitu warna putih. Warna hitam sudah digugurkan untuk tahun 2026.
KOLEKSI WARNA SYM HUSKY 150 (2025)
SYM Husky 150 Standard
- Ebony Black
- Pure White
SYM Husky 150 Special Edition
- Space Grey
- Wolf Grey
- Indigo Blue
- Matte Green
SPESIFIKASI SYM HUSKY 150 (2026)
Spesifikasi untuk skuter adventure (ADV) SYM Husky 150 tahun 2026 adalah sama seperti tahun 2025. Tiada perubahan dibuat pada aspek mekanikal dan teknikal.
Ini adalah spesifikasi penuh SYM Husky 150 (2026):
- Enjin 4 lejang silinder tunggal 150cc 4-injap SOHC menggunakan sistem sejukan cecair dan sistem suntikan bahan api
- Kuasa maksimum dihasilkan ialah 14.5hp @ 8,000rpm dan tork pula 14.5Nm @ 6,000rpm.
- Sistem transmisi adalah jenis CVT
- Menggunakan sistem pencahayaan LED penuh (lampu depan, brek dan lampu signal)
- Meter jenis TFT 5 inci berwarna
- Ada soket USB Type A
- Sistem kunci jenis keyless
- Fork teleskopik dan absober monoshock
- Sistem brek cakera tunggal depan 260mm
- Cakera brek belakang 223mm
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Teknologi Kawalan Cengkaman (TCS)
- Rim aloi 13 inci tayar 120/70 (depan) dan 130/70 (belakang)
- Ruang simpanan barang bawah tempat duduk 22 liter
- Tangki minyak 15 liter
- Berat skuter 153kg
- Jarak tinggi bumi 112mm
- Tinggi pelana 785mm
- Panjang 1,980mm
- Lebar 780mm
- Tinggi 1,225mm
- Jarak roda 1,390mm











