SYM Husky ADV 150 diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 1 April 2024 dan MForce Bike Holdings (MForce) dikatakan mungkin melancarkan varian lebih besar – SYM Husky ADV 350 pada tahun 2025. SYM Husky ADV 300 sudah dibawa ke China International Motorcycle Trade Exhibition 2024 (CIMAMotor 2024) dan skuter adventure itu nampak macam sama seperti Husky […]
Category: SYM
SYM Maxsym TL508 2024 kini di pasaran Malaysia – RM 46,888.00
Pada tarikh 1 April 2024, bersama-sama pelancaran SYM Husky 150 2024, SYM Malaysia turut melancarkan sebuah model skuter maxi terbaharu iaitu SYM Maxsym TL508 2024. Tampil dengan tiga pilihan warna menarik yang bernama Indigo Blue, Storm Grey dan Jet Black, model itu memiliki harga asas RM 46,888.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
SYM Husky 150 2024 kian popular, namun harganya pula dikatakan semakin meningkat
Model skuter adventure terbaharu SYM Husky 150 2024 telah selamat dilancarkan di pasaran Malaysia, pada tarikh 1 April 2024 yang lalu. Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan iaitu Pure White dan Ebony Black untuk varian Standard, diikuti Wolf Grey dan Matte Green untuk varian Special Edition. Harga asas kedua-duanya sebanyak RM 9,998.00 dan RM 10,298.00.
SYM Husky ADV 300 2024 kini ditawarkan di pasaran China
Model skuter terbaharu SYM Husky ADV 300 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran China, pada harga CNY 31,800.00, bersamaan nilai RM 20,883.99 (kadar semasa). Untuk pasaran Eropah, ianya dikenali dengan nama SYM ADX 300 2024. SYM Husky ADV 300 dilengkapi enjin 278cc (water-cooled, four-valve) yang menjana 25.46hp @ 8,000rpm dan tork 26Nm @ 6,000rpm.
SYM Husky ADV 150 2024 bakal dilancarkan pada 1 April 2024
Spyshot SYM Husky ADV 150 di Malaysia, adakah bakal dilancarkan pada bulan Mac 2024?
Baru-baru ini tular penampakan spyshot model skuter terbaharu SYM Husky ADV 150 di laman media sosial tempatan. Model tersebut ditemui sedang menjalani ujian jalan raya di kawasan utara, dan dikatakan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Mac 2024 akan datang. Menurut Mekanika.com.my, ianya akan dilancarkan bersama-sama SYM Maxsym TL 508.