#EICMA2025: MForce rangkul 2 anugerah utama untuk jenama SYM

MForce Bike Holdings (MForce) selaku pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia mendapat pengiktirafan berganda bersempena dengan Pameran Motor Milan (EICMA) 2025 di kota Milan, Itali.

Sebanyak dua anugerah berjaya yang dirangkul MForce untuk jenama SYM, bersaing dengan puluhan pengedar jenama sama di serata dunia. Anugerah dimaksudkan itu ialah:

  • 2025 Best Seller
  • 2025 ADXTG Best Seller

Seperti diketahui, MForce menunjukkan pendekatan progresif untuk jenama SYM dengan membawa masuk barisan model terbaharu yang sarat dengan pakej diminati pengguna tempatan. Antara model yang membuat penampilan pada tahun ini ialah:

Dua pengiktirafan yang diterima MForce itu menjadi bukti kejayaan syarikat itu dalam melaksanakan pelbagai usaha menguatkan jenama SYM di pasaran Malaysia. Ini turut membabitkan:

  • Penyediaan rangkaian pengedaran yang lebih sistematik
  • Strategi pemasaran efektif
  • Sokongan kepada aspek perkhidmatan selepas jualan

APA KATA ORANG KUAT MFORCE?

Ketua Pegawai Operasi, Asri Ahmad menyifatkan dua pencapaian utama itu adalah hasil daripada kerjasama erat antara pasukan, rakan-rakan pengedar serta pelanggan setia di Malaysia.

Beliau berkata:

“Kami berterima kasih kepada semua pelanggan yang memberikan kepercayaan kepada motosikal SYM. Sebagai pengedar rasmi, kami berazam untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan demi memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik.”

STRATEGI SELEPAS INI

Asri menyatakan MForce akan terus meningkatkan dan memperkukuh aspek sokongan pelanggan dengan memberi fokus kepada:

  • Pengembangan konsep MForce Premium Outlet yang menawarkan pengalaman pembelian dan perkhidmatan lebih eksklusif.
  • Pembesaran dan penambahbaikan rangkaian pusat servis sedia ada untuk akses dan kecekapan perkhidmatan lebih baik di seluruh negara.

SYM DI TAIWAN

Jenama SYM bukannnya kecil di Taiwan malah jenama itu sudah dikenali sebagai antara nama pengeluar motosikal dan skuter terkemuka di rantau Asia.

Di negara asal iaitu Taiwan, SYM menguasai ranking tempat pertama dalam pasaran tempatan menerusi penguasaan kira-kira 40 peratus pegangan pasaran.