
Honda mengumumkan rancangan untuk meluaskan tawaran teknologi E-Clutch kepada lima model motosikal bermula tahun 2026.
Lima model yang akan dilengkapi E-Clutch ialah Honda CB750 Hornet, Honda Transalp, Honda CBR500R, Honda CB500 Hornet dan Honda NX500.
Buat masa ini, tawaran teknologi E-Clutch sudah ada pada dua model iaitu Honda CB650R dan Honda CBR650R dan dua model ini boleh didapati juga didapati di pasaran Malaysia.
Selain itu, Honda juga sudah mengumumkan ciri E-Clutch untuk model lain di sebilangan pasaran dan ini termasuk Honda CL300 dan Honda Rebel 300.
MANFAAT E-CLUTCH
- E-Clutch ini membantu memudahkan operasi semasa menunggang. Anda tidak perlu tarik klac semasa masukkan gear atau turunkan gear. Kalau nak berhenti pun tak perlu tarik tuil klac.
- Anda perlu aktifkan sistem E-Clutch menerusi tetapan di meter. Jika nak gunakan tuil klac pun boleh. Tiada sebarang masalah.
TRANSLAP & HORNET E-CLUTCH
Untuk dua model motosikal ini, ada sedikit keunikan. Ini kerana sistem Honda E-Clutch untuk Transalp dan Hornet disambung dengan sistem Throttle-by-Wire.
Ini membolehkan sistem blip throttle secara automatik (auto-blip) untuk selaraskan putaran enjin dengan kelajuan roda belakang untuk penurunan gear (downshift) yang lebih lancar.
Transalp dapat satu lagi peningkatan prestasi iaitu kemasukan gear (upshift) akan jadi lebih lancar walaupun roda belakang sedang berpusing ketika tunggangan off-road.


































































