
Dua tahun lalu, kita pernah terbaca mengenai rancangan membawa masuk jenama KOVE ke pasaran Malaysia oleh AFY Mobility Industries (AMI).
Malah semasa penganjuran MotoGP Sepang 2023, AMI ada membawa lima model untuk sesi pratonton kepada khalayak di kawasan Mall Area SIC. Lima model itu ialah:
- KOVE 500 X (kembara)
- KOVE 321RR (sportbike)
- KOVE 450RR (sportbike)
- KOVE 450 RALLY
- KOVE Cobra 321R (streetfighter)
Siapa Urus KOVE?
Jenama KOVE Motor diletakkan di bawah urusan syarikat MDua Motor iaitu subsidiari AMI. MDua Motor juga mengendalikan jenama MODA.
MDua Motor sudah dilantik sebagai pengedar tunggal dan eksklusif KOVE di Malaysia.
3 Model untuk Pasaran Malaysia
Sebagai permulaan sebanyak tiga model akan ditawarkan iaitu KOVE 800X GT (segmen kembara), KOVE 450R (streetfighter) dan KOVE 450 Rally (dwi-kegunaan).
Buat permulaan, model KOVE yang ditawarkan adalah unit CBU (Completely Built-Up) dan ada perancangan untuk mengubah status itu kepada versi motosikal pemasangan tempatan (CKD) pada masa akan datang.
HARGA
Ini adalah senarai harga badan untuk tiga model KOVE yang diperkenalkan MDua Motor iaitu:
- KOVE 450 Rally: RM39,900
- KOVE 800X GT: RM48,888
- KOVE 450R: RM33,888
PERINCIAN
Berikut ialah perincian asas 3 model KOVE:
KOVE 450 Rally (Harga RM39,900)

- Sudah berada di pasaran Malaysia lebih awal berbanding model KOVE 800X GT dan KOVE 450R.
- Pernah digunakan pasukan perlumbaan KOVE Malaysia dalam Asia Cross Country Rally 2024 di Thailand oleh pelumba Hazim Hayazi.
- Enjin 4-lejang silinder tunggal 449cc DOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan minyak serta menggunakan suntikan bahan api (FI).
- Kotak gear manual 6-kelajuan.
- Output kuasa 51.7hp @ 9,500rpm.
- Tork 40Nm @ 7,000rpm.
- Fork USD 49mm Yu-An boleh laras mampatan dan lantunan (comp & reb).
- Absober monoshock belakang Yu-AN dengan Piggy-Back Shock boleh laras. lantunan dan mampatan Hi & Low.
- Brek depan cakera tunggal 290mm kaliper 2-piston.
- Brek belakang cakera tunggal 240mm kaliper 1-piston.
- Tayar depan 90/90 – 21
- Tayar belakang 140/80 – 18
- Berat 145kg.
- Tinggi pelana 910mm.
- Jarak bumi 310mm.
- Jarak roda 1,490mm.
- Tangki minyak 30 liter.
- Warna pilihan ada dua iaitu merah dan hijau.
KOVE 450R (Harga RM33,888)

- Enjin 4-silinder sebaris 443cc DOHC 16-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kuasa maksimum 65.3hp @ 12,000rpm.
- Tork maksimum 40Nm @ 9,000rpm.
- Kelajuan maksimum 205km/j.
- Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan klac Slipper.
- Dua mode tunggangan iaitu Sport dan Comfort serta ada Launch Control Mode.
- Fork USD 41mm (depan), absober monoshock boleh laras prabeban (belakang).
- Brek depan cakera berkembar 300mm kaliper dwi-piston.
- Brek belakang cakera tunggal kaliper satu piston.
- Tayar depan 120/70 – 17.
- Tayar belakang 160/70 – 17.
- Berat motosikal 164kg, tinggi tempat duduk 800mm, jarak bumi pula 130mm.
- Tangki minyak 17 liter.
- Meter TFT dan lampu depan jenis auto sensing.
- Dua warna pilihan iaitu hitam dan oren.
KOVE 800X GT (Harga RM48,888)

- Enjin silinder berkembar 799cc DOHC 8-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kotak gear klac manual 6 kelajuan. Klac Slipper dan ada quickshifter dua-arah.
- Kuasa maksimum 97hp @ 9,000rpm.
- Tork 80Nm @ 7,500rpm.
- Ada 4 mode tunggangan iaitu Sport, Comfort, Rain dan Off-road.
- Fork konvensional 43mm KYB bileh laras redaman (damping), jarak travel 210mm
- Absober belakang monoshock KYB boleh laras prabeban.
- Brek cakera berkembar (depan) dengan kaliper 2-piston
- Brek cakera tunggal (belakang) kaliper 1-piston
- Tayar depan 110/80 – 19 (tayar tanpa tiub)
- Tayar belakang 150/70 – 17 (tayar tanpa tiub)
- Berat motosikal 195kg.
- Tinggi tempat duduk 826mm.
- Jarak bumi 230mm.
- Tangki minyak 22 liter
- Ada pemanas tempat duduk dan grip tangan, soket USB, dua mod Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Jelajah (Cruise Control), damper stereng dan sistem pemantauan tekanan tayar (TMPS).
- Warna pilihan hanya putih
- BONUS: 20 pembeli pertama akan dapat kotak pannier.
GALERI FOTO
KOVE 450 Rally (2025)
KOVE 450 R (2025)
KOVE 800 X GT (2025)









































































