Sempena dengan tamatnya tempoh pengecualian duti eksais bagi setiap model-model motosikal dan skuter versi pemasangan tempatan (CKD) dengan enjin di bawah 150cc, yang berakhir pada 31hb. Disember 2021 baru-baru ini, Hong Leong Yamaha Motor kini mengumumkan kemaskini harga baru untuk beberapa buah model keluarannya.
Antara model-model motosikal dan skuter yang terlibat ialah Yamaha 135LC, Yamaha Ego Avantiz, Yamaha Ego Gear, Yamaha NVX (versi tanpa ABS) dan Yamaha NMAX. Bagi model Yamaha Lagenda 115Z dan Yamaha Y15ZR pula, harga untuk kedua-dua model berkenaan kekal tidak berubah dan masih lagi sama untuk musim 2022 ini.
Bagi model Yamaha Ego Avantiz, harga barunya kini ditetapkan sebanyak RM 5,536.00, berbanding harga lama RM 4,873.31. Yamaha Ego Gear pula mempunyai tanda harga baru sebanyak RM5,998.00, berbanding harga sebelumnya RM 5,419.00. Untuk model Yamaha NVX (Non-ABS), harganya kini ialah RM 9,298.00 (harga lama RM 8,998.00).
Yamaha NMAX juga kini menerima harga baru yang ditetapkan sebanyak RM 9,298.00, berbanding harga sebelumnya RM 8,998.00. Untuk model popular Yamaha 135LC pula, anda boleh dapatkan harga barunya di dalam artikel terdahulu, melalui pautan berikut :