Menurut sumber dari halaman Facebook Tentera Darat Malaysia, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Perasmian Penyerahan Motosikal Penguatkuasa Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) Model BMW R1250RT, yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Setapak pada tarikh hari ini.
Category: BMW Motorrad
BMW M 1000 RR dan M 1000 RR M Competition 2023 diperkenalkan dengan winglet lebih besar, kelajuan maksimum 314 km/j
BMW Motorrad kini memperkenalkan BMW M 1000 RR 2023 dan BMW M 1000 RR M Competition 2023, kedua-duanya dibangunkan khusus untuk litar perlumbaan. Bagi versi standard M RR, skim warnanya ialah Lightwhite non-metallic, dan Blackstorm metallic untuk versi M Competition. Kedua-dua model tersebut dilengkapi enjin 999cc yang telah dipertingkatkan prestasi untuk perlumbaan.
BMW S 1000 RR 2023 kini diperkenalkan dengan naik taraf terbaharu yang lebih dinamik
BMW Motorrad baru saja memperkenalkan BMW S 1000 RR 2023, dengan naik taraf baharu yang lebih dinamik melibatkan enjinnya yang kini lebih berkuasa, casis dan suspensi yang lebih canggih, penambahan sistem bantuan DTC Slide Control, Brake Slide Assist dan fungsi talaan ABS Pro “Slick”, serta peningkatan aerodinamik melalui rekaan baharu fairing dan bahagian ekor belakang.
BMW G 310 RR 2023 rasmi dilancarkan di pasaran India, harga bermula dari RM 15,873.26
BMW Motorrad India kelmarin dengan rasminya melancarkan sebuah model sport bike terbaharu iaitu BMW G 310 RR 2023. Model bergaya sporty dan agresif itu hadir dalam dua pilihan warna Black Storm Metallic (varian asas) dan termasuklah gabungan warna Lightweight UNI, Racing Blue Metallic dan Racing Red UNI untuk varian Style Sport.
BMW G 310 GS 2023 terima kemaskini warna baharu
Sebelum ini, model naked BMW G 310 R 2023 telah diumumkan menerima kemaskini warna terbaharu. Pada masa yang sama, model adventure BMW G 310 GS 2023 juga telah menerima kemaskini warna terbaharu seperti Version Basic Cosmic Black 3, Style Sport Polar White / Racing Blue Metallic dan juga Style Rallye Kalamata Metallic Matt.
BMW G 310 R 2023 terima kemaskini warna baharu
BMW Motorrad baru-baru ini telah memperkenalkan skim warna terbaharu untuk model BMW G 310 R 2023. Dua pilihan warna terbaharu itu ialah Style Passion (Racing Red) dan Style Sport (Polar White / Racing Blue Metallic). Sementara itu, dua pilihan warna terdahulu iaitu Cyanite Blue Metallic dan Limestone Metallic kini tidak lagi ditawarkan.






