Pada tarikh 20hb. Mei 2022 yang lepas, BMW Motorrad rasmi memperkenalkan model edisi istimewa BMW M 1000 RR 50 Years M 2022. Diasaskan daripada model BMW M 1000 RR, ianya tampil dengan skim warna Sao Paulo Yellow serta kemasan emblem 50 Years BMW M yang bersejarah. Pengenalan model berkenaan menandakan sambutan ulangtahun buat kali yang […]
Category: BMW Motorrad
BMW Motorrad Concept CE 02 diperkenalkan, jarak perjalanan 90 km, sesuai untuk kawasan urban
BMW Motorrad Concept CE 02 merupakan sebuah model konsep terbaharu yang telah diperkenalkan oleh BMW Motorrad baru-baru ini. Model konsep itu dikatakan bukanlah sebuah motosikal klasik atau pun sebuah skuter, sebaliknya menawarkan suatu sistem pengangkutan atau teknologi mobiliti yang menarik untuk kegunaan di kawasan urban.
BMW S 1000 R 2021 kini di pasaran Malaysia, dua varian Style Sport dan M Package, harga bermula dari RM 104,500.00
Pada penghujung tahun yang lepas, BMW Motorrad memperkenalkan model terbaharu BMW S 1000 R 2021 untuk pasaran global. Kini untuk pasaran Malaysia, jentera naked itu telah pun dilancarkan dalam dua varian Style Sport dan M Package, dengan tawaran harga masing-masing RM 104,500.00 dan RM 119,500.00, tidak termasuk insuran.
BMW M 1000 RR 2021 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 249,500.00
BMW Motorrad Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan model BMW M 1000 RR 2021 untuk pasaran tempatan. Didatangkan dalam kemasan warna putih, biru dan juga merah (M RR Light White / M Motorsport), harga yang ditawarkan untuk jentera ekstrem tersebut ialah sebanyak RM 249,500.00 (harga jualan asas tidak termasuk insuran).
BMW C 400 GT 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 48,500.00
BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model skuter maxi terbaharu BMW C 400 X 2021. Skuter maxi itu dilancarkan bersama-sama sebuah lagi model yang hampir sama iaitu BMW C 400 GT 2021, namun dengan harga jualan yang sedikit tinggi sebanyak RM 48,500.00, tidak termasuk kos perlindungan insuran.
BMW C 400 X 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 44,500.00
BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini dengan rasminya melancarkan BMW C 400 X 2021 untuk pasaran tempatan. Model skuter terbaharu itu boleh didapati dalam pilihan skim warna tunggal Style Sport (Blackstorm Metallic / Racing Blue Metallic Matt). Harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM 44,500.00 sahaja, tidak termasuk insuran.






