BMW G 310 GS 2023 terima kemaskini warna baharu

2023 BMW G 310 GS

Sebelum ini, model naked BMW G 310 R 2023 telah diumumkan menerima kemaskini warna terbaharu. Pada masa yang sama, model adventure BMW G 310 GS 2023 juga telah menerima kemaskini warna terbaharu seperti Version Basic Cosmic Black 3, Style Sport Polar White / Racing Blue Metallic dan juga Style Rallye Kalamata Metallic Matt.

Menurut BMW Motorrad lagi, dua pilihan warna terdahulu Style Triple Black dan Cyanite Blue Metallic kini tidak lagi ditawarkan. Untuk musim 2023, BMW G 310 GS masih kekal dengan spesifikasi terdahulu, antaranya dilengkapi enjin 313cc dengan sistem transmisi enam kelajuan, yang menawarkan 34hp @ 9,250rpm dengan tork 28Nm @ 7,500rpm.

Untuk pasaran Malaysia berdasarkan sumber daripada BMW Motorrad Malaysia, harga terkini BMW G 310 GS ialah RM 30,500.00, meningkat sedikit berbanding harga untuk musim 2021 / 2022 iaitu sebanyak RM 29,500.00. Setakat ini belum ada maklumat tepat bilakah pilihan warna terbaharu untuk G 310 GS ini akan berada di pasaran tempatan.

Artikel berkaitan :