BMW G 310 R 2023 terima kemaskini warna baharu

2023 BMW G 310 R

BMW Motorrad baru-baru ini telah memperkenalkan skim warna terbaharu untuk model BMW G 310 R 2023. Dua pilihan warna terbaharu itu ialah Style Passion (Racing Red) dan Style Sport (Polar White / Racing Blue Metallic). Sementara itu, dua pilihan warna terdahulu iaitu Cyanite Blue Metallic dan Limestone Metallic kini tidak lagi ditawarkan.

Untuk musim 2023, BMW G 310 R masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti mana model tahun sebelumnya. Model berkenaan dilengkapi enjin 313cc (water-cooled, single-cylinder 4-stroke engine, four valves, two overhead camshafts and cam followers, wet sump lubrication) dengan padanan transmisi 6-kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 34hp @ 9,250rpm dengan tork maksimum 28Nm @ 7,500rpm.

Berdasarkan pemerhatian di dalam laman sesawang BMW Motorrad Malaysia, BMW G 310 R untuk pasaran tempatan dijual dengan harga sebanyak RM 28,500.00, termasuk dengan pilihan warna Triple Black. Namun pilihan warna sebenar yang ditawarkan pada ketika ini mungkin masih sama seperti mana model tahun 2022. Untuk maklumat lebih lanjut dan lebih tepat, anda boleh kunjungi cawangan BMW Motorrad yang berdekatan.

Artikel berkaitan :