
Cerita mengenai kedatangan model supermoped terbaharu ini pernah sampai ke pengetahuan kami beberapa bulan lalu. Nampaknya, maklumat yang diterima daripada sumber kami mendedahkan model itu mungkin berada di dalam Hall A di Malaysia Bike Show 2026 nanti.
Model yang dimaksudkan ialah Shineray Temax tetapi dengan peningkatan kapasiti enjin berbanding model tersedia ada di peringkat global.
Maklumat lain diterima ialah output kuasa supermoped Shineray ini adalah lebih tinggi berbanding beberapa model supermoped popular yang sedia ada di negara ini. Data rasmi? Kena tunggu pengumumannya nanti..
Menariknya, model ini ada gaya street (tanpa kepala) tetapi dibekalkan dengan panel di hadapan yang menutupi dan ‘membentuk kepala’ selain melindungi meter digital jenis LCD.
Tangki minyaknya bersaiz 7 liter iaitu model ini ada potensi menewaskan kedudukan VOGE FR150 Formica Rossa sebagai supermoped dengan kapasiti tangki terbesar setakat ini.
Maklumat lain yang diketahui ialah jentera Shineray ini ialah:
- Dilengkapi sistem brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang.
- Menggunakan sistem lampu LED penuh.
- Tempat duduk ala sportbike, terpisah antara penunggang dan pembonceng.
Artikel Berkaitan:
- MForce akan lancar 2 supermoped baharu tahun 2027, ada versi 150cc auto clutch?
- Cerita Gambar: SYM VFE 185i (2025) supermoped berwajah baru sudah tiba di Malaysia
- SYM VF3 185 FI (2025) sudah tiba untuk sertai perang supermoped di Malaysia
- Perang Supermoped 150cc Bermula Tahun 2025?
- Supermoped AFAZ 150 guna enjin Suzuki, ‘motor boleh bercakap’ dan lawan segmen premium?
- Supermoped VOGE Storm 150 akan masuk pasaran Filipina?
- Berapakah ‘top speed’ supermoped Aveta SVR180 2022?













