
ZXMOTO Malaysia memilih tarikh 10.10.2026 (Oktober) sebagai hari istimewa untuk melakukan penyerahan model motosikal ZXMOTO 500RR kepada pembeli mereka di seluruh negara.
Acara serahan itu dibuat oleh beberapa pengedar di seluruh negara dengan menjemput pelanggan ke premis mereka untuk mengambil kunci jentera masing-masing.

Antaranya ialah di Mforce Smartshop Zi Yang Motor di Kepala Batas (Pulau Pinang), TR Motorworld di Johor Bahru dan Hoong Fatt di Ipoh.
Ini adalah serahan stok pertama barisan produk pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Pulau Pinang.
Artikel Berkaitan
- ZXMOTO 500RR mula masuk pasaran Malaysia minggu ini
- ZXMOTO 500RR: Bakal jadi sportbike popular kelas pertengahan di Malaysia?
- ZXMOTO 500RR dan 500F lancar di Malaysia 13 September 2026, Anggaran harga bawah RM30,000
- 3 jurutera ZXMOTO China ke Malaysia, kongsi cara pemasangan motosikal terbaik dan kawalan kualiti
- Mforce hantar staf jalani latihan teknikal selepas jualan di ZXMOTO China selama 4 hari
