VOGE DS800X Rally (2026) rasmi masuk Malaysia, 3 warna pilihan, harga badan RM39,888

VOGE DS800X Rally edisi 2026.

Motosikal adventure ini masuk ke pasaran Malaysia sempena perasmian premis Mforce Smartshop Zi Yang Motor di Kepala Batas, Pulau Pinang.

VOGE DS800X Rally pernah diperkenalkan dan dipertontonkan kepada pengunjung semasa Mforce MotoXperience 2026 di MAEPS Serdang pada penghujung Mei lalu.

Harga badan yang diumumkan masih sama iaitu RM39,888 dengan tiga warna pilihan iaitu Onyx Black (hitam), Zenith White (putih) dan Flash Yellow (kuning).

Sebagai bonus kepada pembeli, motosikal adventure ini didatangkan bersama satu set kotak simpanan iaitu satu kotak atas dan dua kotak sisi, ada lampu kabus, gard tangan dan bar rempuh (crash bar).

Spesifikasi VOGE DS800 X Rally (2026)

  • Enjin 2-silinder sebaris 798cc DOHC 8-injap dengan  sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa dijana ialah 70kW (93.8hp) @ 9,000rpm dan tork puncak 81Nm @ 6,500rpm.
  • Kotak gear jenis manual 6-kelajuan.
  • Sistem suspensi membabitkan fork terbalik (upside down – USD) KYB boleh laras (depan) dan monoshock KYB boleh laras di belakang.
  • Sistem henti merangkumi brek cakera kembar 310mm untuk roda depan dan cakera tunggal 240mm di belakang.
  • Motosikal ini ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).
  • Rim jejari 21 inci di depan dibalut tayar 90/90. Rim belakang 18 inci dengan tayar saiz 150/70
  • Instrumen meter 7 inci digital TFT berwarna. Sistem pencahayaan membabitkan lampu LED sepenuhnya.
  • Saiz VOGE DS800X Rally ialah 2,390mm panjang, 860mm lebar dan 1,399mm tinggi.
  • Jarak roda 1,576 mm. Berat motosikal cuma 213kg.
  • Tinggi tempat duduk pula 850mm dengan jarak bumi 220mm.
  • Tangki petrol boleh tampung sehingga 24 liter petrol.
  • Ada teknologi Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dipadamkan.
  • Sistem lampu LED penuh.
  • Ada dashcam depan.
  • Meter TFT berwarna.
  • Ada soket UBS Type-A dan Type-C.
  • Ada ciri pemanas tangan dan tempat duduk.
  • Dua mode disediakan iaitu ECO dan Sport.
  • Penghadang angin boleh laras secara manual.

Laporan Berkaitan

Galeri Gambar VOGE DS800 X Rally (2026) di MAEPS Serdang