
Mforce Bike Holdings (Mforce) mengesahkan aktiviti pemasangan model motosikal retro ZXMOTO 500F dan supersport ZXMOTO 820RR akan bermula tidak lama lagi.
Malah stok dua model motosikal itu akan diagihkan ke rangkaian pengedar menjelang penghujung bulan ini, jika semua urusan berjalan lancar.

Pengumuman ini dibuat Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad semasa menyampaikan ucapan pada majlis perasmian premis Mforce Smartshop Zi Yang Motor dan VOGE DS800X Rally di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Beliau mengulas mengenai status ZXMOTO 500F dan 820RR susulan pertanyaan orang ramai selepas kemasukan rasmi ZXMOTO 500RR ke pasaran baru-baru ini.
Tiga model ZXMOTO ini diperkenalkan semasa acara Mforce MotoXperience 2026 di MAEPS Serdang dan pelancaran rasmi dibuat di ibu negara dengan kehadiran pengasasnya, Zhang Xue.
Artikel Berkaitan
- Tarikh 10.10.2026 jadi hari serahan rasmi ZXMOTO 500RR kepada pembeli awal
- ZXMOTO 500F sertai pasaran Malaysia, bakal jadi model fenomena kelas 500cc?
- ZXMOTO 820RR: Supersport 3 silinder sebaris sudah tiba di Malaysia
