RK Yakon Chain Series: Rantai motor bercahaya dalam gelap, terhad 450 set sahaja

Rantai motor glow in the dark?

Ini adalah satu produk set sprocket motosikal terbaharu daripada pihak RK Takasago Chain-Malaysia. Nama produk ini ialah RK Yakon Chain Kit dan ditawarkan sebanyak 450 set sahaja.

Set RK Yakon ini mengandungi tiga komponen utama iaitu sprocket depan dan belakang serta seutas rantai. Item yang akan bercahaya ialah rantai dan sprocket belakang.

Boleh beli di Shopee: RK Yakon Series

Perubahan warna rantai daripada emas (warna asal) kepada bercahaya hijau fluoresen akan terjadi apabila disuluh lampu UV (cahaya ultraungu).

Sproket belakang juga ada salutan material sama tetapi pencahayaannya merah fluoresen dan berbentuk lingkaran nipis.

Yakon berasal daripada terjemahan perkataan Bahasa Jepun yang membawa maksud spirit of the night. Kalau dalam Bahasa Malaysia, terjemahan diberi ialah semangat pada waktu malam.

Apa yang ada perlu tahu tentang RK Yakon Series?

  • Ada dua pilihan siri rantai RK Yakon iaitu 415 dan 428.
  • Rantai 415 untuk prestasi manakala 428 lebih bersifat sport.
  • Kedua-duanya rantai jenis RX-ring dan ini adalah yang pertama ditawarkan RK Takasago Chain-Malaysia untuk motosikal kapcai atau underbone.
  • Hanya 100 pembeli terawal akan menerima lampu UV secara percuma. Alat itu berharga RM59.

Harga RK Yakon Chain Kit

Yamaha Y15

  • 415 (14/42): RM200
  • 428 (14/42): RM180

Honda RS 150

  • 415 (15/42 atau 15/44): RM200
  • 428 (15/42 atau 15/44): RM180

Modenas Z15GT

  • 415 (15/42): RM200
  • 428 (14/42): RM180