
Apa cerita VOGE SR450X?
Skuter dua silinder sebaris 400cc yang viral selepas dipertontonkan di Malaysia Bike Show 2026, harganya pun sudah didedahkan kepada umum.


Malah, kami sendiri ada menyaksikan model SR450X ini disediakan sebagai antara model yang boleh orang ramai tunggang uji semasa pembukaan beberapa kedai pengedar Mforce di serata negara semenjak beberapa bulan lalu.
Setahu kami, tempahan juga dibuka sejak penampilan rasmi di MAEPS Serdang akhir bulan Mei lalu. Disebabkan ramai mula bertanya maka….
Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad tampil memberi penjelasan mengenai dengan memaklumkan:
“Berita baik untuk semua pelanggan yang buat tempahan menerusi pengedar di seluruh negara, Mforce akan memulakan pengeluaran untuk model VOGE SR450X bermula 15 Oktober 2026.
“Insya-Allah kita akan edarkan bermula minggu keempat bulan ini (Oktober).
“Jadi, kepada mereka yang sudah buat tempahan, bolehlah berhubung dengan semua pengedar (motosikal Mforce) untuk mendapatkan skuter yang telah ditempah.”
