
Kalau nak cari skuter atau motosikal jenama AVETA, kebiasaannya bakal pembeli akan ke kedai motosikal yang menjual multi-jenama di bawah satu bumbung.
Tapi berbeza pula suasana bila melangka masuk ke dalam Aveta Elite Centre yang terletak di Shah Alam, Selangor. Semua model yang dipamerkan di situ adalah berjenama Aveta dengan campuran skuter Piaggio.


Aveta Elite Centre itu dikendalikan G Elite Motor dan dikatakan sebagai premis pertama di Semenanjung Malaysia, berperanan sebagai pusat sehenti untuk bakal pelanggan dan pemilik produk Aveta.
Sebenarnya, kalau diikutkan, ada lagi satu Aveta Elite Centre sudah dibuka dengan lebih awal iaitu pada Oktober 2025 dan lokasinya adalah di Kota Kinabalu. Cerita tentang pusat kendalian Smartbike ini di Sabah pernah kami laporkan….

Kembali semula kepada cerita di Shah Alam… Aveta Elite Centre ini akan menjalankan tugas untuk menawarkan pengalaman pemilikan produk Aveta dengan lebih baik, efisien dan tenang.
Dalam Aveta Elite Centre ini, ada ruang pameran khusus untuk jenama Aveta, pusat servis dan stok alat ganti di bawah satu bumbung.
Sempena majlis perasmiannya, ada satu model khas dilancarkan iaitu Aveta Nova 250 G Elite Edition terhad 128 unit dan skuter ini hanya boleh dibeli di Aveta Elite Centre (Shah Alam).
Cerita tentang skuter Aveta Nova 250 G Elite Edition (2026) disiarkan di halaman ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata:
“Setiap Aveta Elite Centre baharu merupakan langkah penting dalam mendekatkan jenama kami kepada pelanggan.
“Rakan pengedar kami memainkan peranan utama bukan sahaja dalam memudahkan pelanggan mendapatkan motosikal Aveta, malah dalam memastikan penunggang menerima sokongan dan perkhidmatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemilikan mereka.
“Kami berbesar hati meraikan pembukaan G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam serta memperkenalkan Nova 250 G Elite Edition yang eksklusif bersempena dengan pencapaian ini.”
Artikel Berkaitan:
- Aveta Vanguard 250 Limited Edition (2026) cuma 688 unit, harga badan RM17,188
- Aveta Vanguard 180 (2026) sertai pasaran Malaysia dengan 2 varian, harga mula RM9,398
- Perbandingan: Beza harga RM100, nak pilih Aveta DY115 (2025) Standard atau DY115 (2025) SE?
- Apa beza kapcai Aveta VS115 generasi ketiga (V3) 2026 dengan V2 (2022)?
- Aveta NOVA 200 (2026): Adakah ini pengganti skuter Aveta NOVA 160 SE?
- Ini senarai 10 ciri naik taraf Aveta Vanguard edisi 2026




