Satu lagi supermoped baharu, lebih berkuasa bakal hadir ke Malaysia?

Cerita mengenai kedatangan model supermoped terbaharu ini pernah sampai ke pengetahuan kami beberapa bulan lalu. Nampaknya, maklumat yang diterima daripada sumber kami mendedahkan model itu mungkin berada di dalam Hall A di Malaysia Bike Show 2026 nanti.

Model yang dimaksudkan ialah Shineray Temax tetapi dengan peningkatan kapasiti enjin berbanding model tersedia ada di peringkat global.

Maklumat lain diterima ialah output kuasa supermoped Shineray ini adalah lebih tinggi berbanding beberapa model supermoped popular yang sedia ada di negara ini. Data rasmi? Kena tunggu pengumumannya nanti..

Menariknya, model ini ada gaya street (tanpa kepala) tetapi dibekalkan dengan panel di hadapan yang menutupi dan ‘membentuk kepala’ selain melindungi meter digital jenis LCD.

Tangki minyaknya bersaiz 7 liter iaitu model ini ada potensi menewaskan kedudukan VOGE FR150 Formica Rossa sebagai supermoped dengan kapasiti tangki terbesar setakat ini.

Maklumat lain yang diketahui ialah jentera Shineray ini ialah:

  • Dilengkapi sistem brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang.
  • Menggunakan sistem lampu LED penuh.
  • Tempat duduk ala sportbike, terpisah antara penunggang dan pembonceng.

Artikel Berkaitan:

Gambar