
PUNK 500 ialah satu lagi model motosikal jenama LETBE yang sedang dipertimbangkan untuk dibawa ke pasaran Malaysia, seandainya respons tinjauan diterima menunjukkan tanda positif.
LETBE PUNK 500 ini dikelaskan sebagai motosikal dalam kategori cruiser (atau lebih tepat model bobber). Ini adalah model kedua tersebar selepas roadster LETBE Author.

Jika model LETBE PUNK 500 dibawa masuk Malaysia, model ini ada beberapa pencabar yang sedang menantinya, ada dari Jepun dan juga senegaranya.
Kami berpeluang melihat model ini semasa lawatan ke ibu pejabat Guangzhou Haojin Motorcycle sebelum ini. Di bawah ini adalah spesifikasi dan gambar yang sempat kami rakamkan.
Spesifikasi LETBE PUNK 500
- Enjin 2 silinder sebaris 500c DOHC 8-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Output kuasa 35kW @ 8,500rpm dan tork 51Nm pada 6,000rpm. Ada juga versi PUNK dengan output kuasa 39.8kW @ 8,000rpm dengan tork 50.7Nm @ 7,000rpm di beberapa pasaran luar.
- Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan pacuan rantai.
- Sistem brek cakera untuk roda depan dan belakang. Ada ABS dan TCS.
- Penggunaan petrol ialah 2.78 liter untuk setiap 100km perjalanan.
- Tangki minyak 16.2 liter (di China). Berbeza data dengan Mexico dan Spanyol iaitu 15 liter.
- Panjang 2,220mm, lebar 840mm dan tinggi 1,110mm.
- Jarak roda 1,540mm.
- Jarak bumi 160mm di China. Mexico pula 135mm.
- Tinggi pelana 720mm.
- Berat bersih motosikal 202kg.
- Rim 16 inci dengan tayar 130/90 (depan) dan 150/80 (belakang).
Artikel Berkaitan:
- LETBE Flygon: Motosikal gaya scrambler ada potensi diperkenalkan di Malaysia
- LETBE Nomad 350: Skuter 350cc reka bentuk futuristik dengan elemen Cyberpunk
- LETBE Mecha: Skuter futuristik bakal diperkenalkan di Malaysia selepas Mforce MotoXperience 2026?
- LETBE NEON Q: Skuter 125cc ada TCS, ABS, Meter TFT Berwarna, Lampu LED bakal masuk Malaysia?























