LETBE Flygon: Motosikal gaya scrambler ada potensi diperkenalkan di Malaysia

Selain skuter Nomad dan Mecha, Mforce juga sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan motosikal gaya scrambler LETBE Flygon di Malaysia

Ini satu model motosikal yang agak unik dan secara jujur kami katakan, model seperti ini ada peminat mereka tersendiri di negara ini.

Flygon ada dipamerkan di Malaysia semasa Mforce MotoXperience 2026 sempena Malaysia Bike Show 20206 di MAEPS Serdang pada penghujung Mei lalu.

Sebenarnya, varian LETBE Flygon ada beberapa versi iaitu enjin kapasiti sekecil 125cc, 150cc, 220cc dan 250cc. Struktur badan semua sama cuma berbeza kapasiti enjin.

Versi ini juga ada dua kaedah penyejukan iaitu udara dan untuk kapasiti lebih tinggi, sistem penyejukan minyak (oil-cool) digunakan.

Ini diketahui semasa melawat ibu pejabat Guangzhou Haojin Motorcycle di China. Kami berpeluang menunggang Flygon 125 dan 220 di litar dalam kawasan pekarangan kilang mereka.

Pun begitu, kami cuma dibekalkan dengan spesifikasi untuk dua varian iaitu 125 dan 220cc. Kami kongsikan data spesifikasi di hujung artikel ini.

Apa ada pada LETBE Flygon?

  • Flygon nampak unik rekaannya dan kami rasakan tarikan utama sudah tentu bahagian lampu hadapan jenis terpisah dan tertonjol macam mentadak.
  • Lampu depan projektor LED dan lampu lain seperti signal dan brek juga berasaskan LED.
  • Meter digital TFT berwarna berbentuk bulat dengan saiz 2.8 inci.
  • Fork terbalik USD dan monoshock belakang boleh laras (hard-soft).
  • Brek cakera depan belakang dengan teknologi Sistem Brek Antikunci (ABS) dan Kawalan Cengkaman (TCS). Ada juga opsyen CBS (brek kombi).
  • Brek ABS dan TCS boleh dipadamkan.
  • Rim depan 18 inci dengan tayar 130/80, rim belakang 14 inci tayar 180/80.
  • Tayar jenis dwi kegunaan atau street.
  • Tangki minyak 12 liter.
  • Ada opsyen rak belakang dan bar rempuh.
  • Ada tapak kunci beg atas tangki minyak.
  • Enjin dihidupkan dengan tekan butang pemula enjin.

Ada yang kata nama Flygon ini mirip salah satu karakter naga dalam siri Pokemon…secara kebetulan ke?

Spesifikasi lain

  • Enjin satu silinder sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api, memenuhi piawaian Euro 5+.
  • Output kuasa 125cc ialah 7.5kw pada 7,500rpm dan tork 10Nm pada 6,000rpm.
  • Output kuasa 220cc pula 12.8kW pada 7,500rpm dan tork 15Nm @ 5,500rpm.
  • Transmisi manual 5 gear.
  • Panjang 2020mm.
  • Lebar 860mm.
  • Tinggi 1,150mm.
  • Tinggi pelana 780mm.
  • Berat 140jg.
  • Jarak roda 1,365mm
  • Jarak bumi 230mm.

Galeri Gambar LETBE FLYGON