
BMW Motorrad mengumumkan tawaran tiga model M edisi terhad sempena meraikan ulang tahun ke-100 Nürburgring.
Tiga model yang ditampilkan sebagai siri terhad 100 Jahre Nürburgring ialah sportbike BMW M 1000 RR, naked bike BMW M 1000 R dan crossover M 1000 XR.

Setiap satu model ini ditawarkan hanya 100 unit untuk pasaran seluruh dunia.
BMW Motorrad belum mengumumkan harga mana-mana model ini, bila tempahan akan dibuka dan agihan unit ke mana-mana negara.
Semua model ini mendapat kombinasi warna hijau Nürburgring Green, komponen karbon, grafik Nordschleife dan perincian khusus mengikut model. Ini antaranya:
- Ketiga-tiga model BMW M 1000 ini menerima pakej M Track Package sebagai ciri standard.
- Menerima kemasan warna bersejarah Nürburgring Green.
- Ada paparan trek sukan bermotor Nürburgring Nordschleife dengan ‘Nürburgring since 1927’ dan tanda peringatan ulang tahun.
- Penutup kotak angin memaparkan siri nombor edisi terhad BMW 100 Jahre Nürburgring.
- Rim karbon ada jalur hiasan berwarna hijau Nürburgring Green.
- Swingarm dan frem berwarna hitam sebagai warna kontras kepada rona hijau badan.
- Tempat duduk ala Alcantara ada sulaman 100.
- Ada sijil ketulenan, ada karpet M dengan logo 100 Jahre Nürburgring dan tongkat paddock.
- Model M 1000 RR dan M 1000 R ada tambahan M Cover Kit.





















