
Persaingan skuter dalam kategori 350cc di Malaysia akan jadi lebih sengit jika LETBE Malaysia memutuskan untuk menawarkan model LETBE Nomad 350 di pasaran tempatan.
Kami sudah melihat Nomad 350 ini secara dekat dan menunggang uji skuter itu di litar ujian tertutup dalam kawasan pekarangan ibu pejabat Guangzhou Haojin Motorcycle (Haojin Motorcycle) di China.

Buat masa ini di Malaysia, pilihan model dalam kelas skuter 350cc agak terbatas di Malaysia, ada model berjenama Jepun dan China.
Semasa perbentangan produk, ada beberapa butiran mengenai skuter LETBE Nomad 350 ini dikongsikan.
- Mengetengahkan rekaan yang agak berbeza berbanding barisan skuter kelas 350cc lain. Konsep lebih ke arah gayaan Cyber Punk berbanding Grand Tuoring (GT).
- Nomad 350 dipacu enjin satu silinder 330cc 4-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api, berkuasa 22.6kW (30.3hp) pada 7,500rpm dan tork 34Nm pada 5,500rpm.
- Sistem transmisi jenis CVT automatik.
- Tangki minyak berkapasiti 15.2 liter.
- Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) dengan penyerap hentak berkembar dengan subtangki.
- Penghadang angin boleh dilaras menerusi kawalan butang. Pergerakan laras setinggi 70mm.
- Bar rempuh (crash bar) kemas diikat pada badan skuter.
- Ada paruh di atas madgad.
- Sistem pencahayaan LED penuh.
- Ada paparan grafik bergerak yang boleh kustom paparan berasaskan lampu LED di bahagian depan.
- Tuil brek depan dan belakang boleh dilaras 5 tahap.
- Rim aloi berbalut tayar CST depan berukuran 120/70-15, belakang 140/70-14.
- Brek cakera depan dan belakang dengan kaliper Nissin. Ada brek ABS dan Kawalan Cengkaman (TCS).
- Instrumen meter TFT 7 inci berwarna dan sistem kekunci pintar.
- Ketinggian pelana 785mm.
- Berat bersih 187.5kg.
- Jarak bumi 154mm.
- Jarak roda 1,510mm.
- Panjang 2,147mm.
- Lebar 760mm.
- Tinggi 1,310mm.
- Ada sistem lahu henti-mula
- Ruang simpanan besar bawah pelana, boleh muatkan dua topi keledar.
- Soket USB Type-A dan Type-C.
Artikel Berkaitan
- LETBE Mecha: Skuter futuristik bakal diperkenalkan di Malaysia selepas Mforce MotoXperience 2026?
- LETBE NEON Q: Skuter 125cc ada TCS, ABS, Meter TFT Berwarna, Lampu LED bakal masuk Malaysia?
Galeri Gambar LETBE Nomad 350

























































