Honda Dream NCX125 Emerald (2027) terima kemas kini baharu, gaya lebih premium

NCX Honda Cambodia memperbaharui kapcai legenda mereka, Honda Dream yang tampil dengan imej lebih mewah sebagai edisi tahun 2027.

Dipanggil Honda Dream NCX125 Emerald (2027), motosikal empat lejang ini didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu merah, hitam dan kelabu.

Malangnya, belum ada maklumat rasmi mengenai harga Honda Dream NCX125 Emerald (2027) diumumkan di Kemboja.

Apa yang nampak baharu?

Transformasi dibuat membabitkan hiasan pada badan kapcai ini untuk kelihatan lebih mewah dan premium.

Warna Hijau Emerald digunakan untuk membuatkan model ini nampak mewah dengan tambahan elemen berwarna emas dan platinum.

Ini boleh dilihat pada grafik badan sisi. Lencana Dream di bahagian sisi juga berwajah baharu. Selain itu, logo Honda berwarna emas pula digunakan pada bahagian depan, sisi dan ekor belakang motosikal. Emblem depan nampak lebih moden.

Meter analog Honda Dream NCX125 Emerald (2027) menerima bingkai atau frem berwarna platinum manakala bahagian dalam meter memaparkan corak dengan rona emas.

Perincian Honda Dream NCX125 Emerald (2027)

Sistem pencahayaan depan jenis LED dengan lampu DRL. Lampu signal dan brek masih guna mentol halogen.

Meter jenis analog dengan sebaris butang petunjuk diposisikan di bahagian atas. Indikator lampu signal mengapit meter laju dengan petunjuk minyak petrol ada di bawah.

Enjin digunakan masih jenis satu silinder 123.94cc OHC sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api. Tiada data kuasa atau tork rasmi dinyatakan. Ini perincian lain:

  • Gerek x lejang 50mm x 63.121mm.
  • Nisbah mampatan 10:1.
  • Kotak gear 4 kelajuan.
  • Enjin boleh dihidupkan dengan menekan butang atau gunakan penendang kaki.
  • Panjang: 1,868mm.
  • Lebar 697mm.
  • Tinggi 1,051mm.
  • Jarak roda 1,200mm.
  • Berat 98kg.
  • Jarak bumi 134mm.
  • Tinggi tempat duduk 751mm.
  • Tangki minyak 4 liter.
  • Rim 17 inci tayar 60/100 (depan) dan 70/100 di belakang.
  • Brek dram depan dan belakang.
  • Fork teleskopik dan set absober berkembar di belakang.

Artikel Berkaitan

Gambar Honda Dream NCX125 Emerald (2027)