
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan bilangan Pusat Servis Berkualiti Yamaha (YQS) di Malaysia sudah mencapai lebih 300 premis menerusi pembukaan dua lagi cawangan terbaharu di Kelantan.
Premis terbaharu YQS didirikan di Kota Bharu dan Pasir Mas pada 13 dan 14 Julai ini iaitu bulan sama menyaksikan jenama Yamaha meraikan ulang tahun ke-70 di peringkat global.

HLYM menyatakan YQS adalah rangkaian servis motosikal terbesar di Malaysia dengan mendukung tiga elemen utama iaitu:
Alat Ganti Tulen
- YQS hanya menggunakan alat ganti tulen Yamaha yang direka mengikut spesifikasi tepat Yamaha.
- Setiap alat ganti tulen dilindungi Jaminan Kilang Yamaha.
- Minyak pelincir YAMALUBE boleh disahkan melalui imbasan kod QR pada pek botol.
Mekanik Bertauliah
- Motosikal diselenggara mekanik bertauliah Yamaha yang sudah menjalani latihan khusus mengikut piawaian Yamaha.
- Setiap YQS ada sekurang-kurangnya seorang Mekanik Tahap Perak disokong Mekanik Tahap Gangsa.
- Ketua Mekanik YQS ada sijil selepas mengikuti latihan lanjutan di Global Yamaha Certified Training Academy (YTA).
Teknologi Diagnostik Terkini

- YQS menggunakan peralatan diagnostik terkini Yamaha untuk kenal pasti masalah dengan
lebih pantas, tepat dan cekap.
