
Aveta Motor Malaysia (Aveta Malaysia) sudah menayangkan klip video teaser di Facebook menunjukkan rancangan memperkenalkan satu lagi skuter berstatus edisi terhad.
Model yang dimaksudkan ialah Aveta Vanguard 250 Limited Edition (2026).

Berdasarkan klip video, kami merasakan jumlah unit disediakan hanya 688 buah skuter dengan setiap satu ada nombor siri tersendiri.
Mungkin ini satu varian Vanguard 250 V2 yang ditingkatkan lagi beberapa aspek kosmetik dan mungkin juga ciri lain.
Apa yang kami jangkakan ialah bar hendal lebih aloi lebih sporty, pelekat badan khas, lencana nombor siri, warna badan eksklusif, animasi skrin permulaan dan kemasan aluminium di bahagian letak kaki.
Sebahagian ciri ini mungkin pendekatan sama seperti apa yang dibuat untuk skuter Aveta NOVA 250 Limited Edition.
Artikel Berkaitan
- Ini senarai 10 ciri naik taraf Aveta Vanguard edisi 2026
- Taro Rong 250 (Aveta Vanguard 250) versi naik taraf 2025 diperkenalkan di China
- Ini perbezaan Aveta Vanguard 250 (2025) Standard & Special Edition di Malaysia
- TARO X-SUV (Aveta Vanguard) akan lancar di Bangladesh tak lama lagi
- 8 ciri tambahan untuk Aveta Vanguard 250 SE berbanding Vanguard Standard (2025)
- Aveta Malaysia terima pengiktarafan dari TARO, catat volum jualan tertinggi Vanguard
- Aveta henti tawaran Vanguard 250 Standard, perkenalkan tambahan warna baru untuk Vanguard 250 SE
