Ini senarai 10 ciri naik taraf Aveta Vanguard edisi 2026

Aveta Motor Malaysia akan mula menawarkan model skuter Aveta Vanguard 250 versi dipertingkat yang dijangka berada di rangkaian pengedar bermula Mac 2026.

Aveta Vanguard 250 SE edisi 2026 ini akan ditawarkan pada harga badan RM16,688 iaitu lebih mahal RM300 berbanding model Aveta Vanguard 250 SE.

Untuk model versi dipertingkat, ada dua warna baharu disediakan iaitu Nano Green dan Desert Bronze.

10 PERUBAHAN AVETA VANGUARD 250 SE EDISI 2026

Ada 10 perubahan yang didatangkan dengan Vanguard 250 SE tahun 2026 iaitu:

  • Paparan digital TFT 7 inci dengan skrin sesentuh

  • Cermin depan boleh laras secara elektrik

  • Reka bentuk konsol suis kawalan baharu

  • Pelindung ekzos lebih panjang

  • Penutup enjin baharu

  • Reka bentuk lantai kaki pembonceng dipertingkat

  • Ruang simpanan bawah tempat duduk dipertingkat

  • Reka bentuk baharu pelana

  • Absober belakang boleh laras

  • Sistem ABS dan TCS boleh tutup

GALERI GAMBAR