Syarikat motosikal TARO MOTOR (Tairong Motorcycle) di China melihat kemunculan Aveta Vanguard 250 di Malaysia sebagai permulaan revolusi.
Ayat ini boleh dilihat dalam satu posting Facebook TARO atau tengok saja screen shot gambar di bawah ini:
Aveta Vanguard 250 ada kembar di China dan namanya ialah TARO X-SUV atau dikenali dengan panggilan lain macam RONG 250 atau RON 250. Banyak nama tapi benda sama saja.
Bukan cerita mengejutkan pun Vanguard 250 ini datang dari China sebab memang semakin hari semakin banyak model di Malaysia berasal dari negara itu.
Yang penting pengguna kita ada lebih banyak pilihan di kedai dengan harga lebih munasabah untuk dipilih.
Tak lama lagi, Vanguard 250 akan ada kembar baru di Bangladesh. Tapi tak pasti syarikat pengedarnya – ZNEN Motors (Bangladesh) – nak beri nama apa untuk skuter ini.