Aveta Malaysia terima pengiktarafan dari TARO, catat volum jualan tertinggi Vanguard

Aveta Malaysia baru-baru ini menerima pengiktirafan dari syarikat TARO di China atas kejayaan mereka berhubung model skuter Vanguard 250.

Pengiktirafan itu diberikan kerana Aveta Malaysia berjaya mencatat prestasi jualan luar biasa untuk model skuter Vanguard 250 sekali gus menjadikan pasaran Malaysia sebagai antara pasaran utama TARO.

Pengurus Besar TARO, Su menyampaikan anugerah Rakan Jualan Utama Global kepada Steven Lim sambil disaksikan Pengasas TARO, Jack Zhang dan Pengerusi Kumpulan Aveta Malaysia, Max Ang.

Ini juga bermaksud TARO secara rasminya mengiktiraf Aveta Malaysia sebagai Rakan Jualan Utama Global bagi Vanguard 250.

Pencapaian jualan Aveta Vanguard 250 di Malaysia mendahului beberapa pasaran lain dan prestasi rakan niaga TARO di seluruh dunia.

APA KATA ORANG KUAT AVETA?

Pengarah Urusan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata:

“Sesungguhnya pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi pasukan kami, pengedar kami dan kepercayaan yang diletakkan oleh para penunggang motosikal di Malaysia.

“Ini merupakan satu detik yang membanggakan bagi kami sebagai jenama Malaysia yang telah membuktikan keupayaannya di peringkat global.”

Seiring dengan pencapaian itu, Aveta Malaysia mengumumkan tawaran warna pilihan baharu untuk versi Aveta Vanguard SE dan mengumumkan penamatan tawaran untuk Aveta Vanguard Standard.

Perubahan ini sudah dijangka memandangkan Aveta meluaskan siri NOVA dengan pelancaran NOVA 250 baru-baru ini meskipun sasaran pengguna adalah berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN