CIMA MOTOR 2026: Zhang Xue umum ketibaan supersport perdana ZXMOTO 820RR-RS

ZXMOTO 820RR-RS launch in CIMA MOTOR 2026

Selepas menampilkan varian 820RR-RC Track Edition (model kegunaan di trek sahaja), Zhang Xue juga menceritakan tentang varian supersport atas tinggi (flagship) beliau iaitu ZXMOTO 820RR-RS.

Model ini dibuka dengan harga permulaan 138,000 yuan (anggaran RM84,137) iaitu lebih mahal 10,000 yuan berbanding motosikal trek 820RR-RC Track Edition (128,000 yuan).

ZXMOTO 820RR-RS dikatakan menggunakan panel badan gentian karbon (dry carbon fiber), subbingkai magnesium dan rim tempaan CNC, bolt titanium dengan sistem ekzos penuh diperbuat daripada titanium.

Ada penukaran komponen enjin kepada berasaskan material titanium seperti injap dan rod penyambung (connecting rods).

Kaliper brek digunakan jenis Brembo PRO1 dengan pam RCS. Tayar dipilih ialah Pirelli V4 SP (Diablo Supercorsa). Sistem suspensi datang daripada Ohlins.

Walaupun semua langkah pengurangan berat dibuat, berat kasar ZXMOTO 820RR-RS dikatakan 182kg.

Artikel Berkaitan

Spesifikasi ZXMOTO 820RR-RS

ZXMOTO 820RR-RS
Enjin3 silinder sebaris, DOHC, 12-injap
Kapasiti818.8cc
Kuasa maksimum110kW @ 13,500rpm
Tork maksimum86Nm @ 10,000rpm
Bore x Stroke80mm × 54.3mm
Nisbah mampatan14 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair dan minyak
Kotak gearManual 6-kelajuan dengan Quickshifter 2 hala
Suspensi depanKYB USD 43mm boleh laras sepenuhnya, tiub fork DLC + bottom case CNC
Suspensi belakangKYB, jenis multi-link, boleh dilaras sepenuhnya, pelarasan prabeban tanpa peralatan
Tayar depan120/70 - 17
Tayar belakang200/55 - 17
Brek depanCakera berkembar 330mm dengan kaluper 4-piston Brembo PRO1
Brek belakangCakera tunggal 220mm kaliper 2-piston Brembo P34
Panjang2,050mm
Lebar745mm
Tinggi1,160mm
Jarak dari bumi-
Jarak roda1,420mm
Tinggi tempat duduk825mm
Tangki minyak16 liter
Berat182kg
Bonus5 mode tunggangan Rain, Road, Sport dan dua mode kustom.
Ada Brek ABS depan dan belakang.
Ada Kawalan Cengkaman (Traction Control - TCS).
Ada Kawalan Jelajah (Cruise Control).
ABS Cornering Pro dan EVO.
Ada Launch Control.
Ada TMPS
Sistem Keyless
Peg kaki boleh laras.
Tempat duduk tunggal.
Muffler Termignoni.
Meter TFT 6.2 inci