
Aveta Vanguard 250 (2025) ialah skuter yang diperkenalkan Aveta Malaysia ke pasaran tempatan dengan harga asas bawah RM17,000 seunit.
Ada dua varian diperkenalkan untuk pilihan pengguna iaitu Standard dan Special Edition. Di bawah ini adalah penerangan setiap varian Aveta Vanguard 250 (2025).
WARNA AVETA VANGUARD 250 (2025)
Ada tiga warna pilihan disediakan untuk skuter Aveta Vanguard 250 (2025) dan warna ini berbeza untuk setiap varian iaitu:
- Varian Standard: Nano Grey (kelabu)
- Varian Special Edition: Majestic Green (hijau) dan Titanium Grey (kelabu lembut)
HARGA AVETA VANGUARD 250 (2025)
Harga badan skuter Aveta Vanguard 250 (2025) tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran ialah:
- Varian Standard: RM14,888
- Special Edition: RM16,388
PROMOSI HARGA AVETA VANGUARD 250 (2025)
Untuk menarik pembeli, Aveta memperkenalkan tawaran harga promosi untuk 200 orang pertama yang membeli Vanguard dan ini harga promosinya:
- Standard: RM14,488
- Special Edition: RM15,988
APA BEZA AVETA VANGUARD 250 STANDARD DAN SPECIAL EDITION?
Vanguard sudah menjalani ujian endurans dengan jarak 20,000km di seluruh negara dan skuter ini dipacu dengan enjin yang dibentuk daripada enjin Piaggio Nexus 250.
Menariknya, Vanguard menggunakan bar hendal boleh dilaras mengikut keselesaan pemilik dan ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dipadamkan.
Sebenarnya, perbezaan dua varian Aveta Vanguard ini adalah pada saiz rim dan profil tayar, absorber belakang, diameter fork teleskopik dan juga panel instrumen meter.
VANGUARD STANDARD
- Fork teleskopik biasa 33mm
- Absober belakang jenis berkembar
- Brek cakera tunggal depan 260mm (depan)
- Brek cakera belakang 240mm
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Ada Kawalan Cengkaman (TCS)
- Meter jenis digital LCD
- Rim depan 14 inci dengan tayar 120/70
- Rim belakang 13 inci dengan tayar 140/60
VANGUARD SPECIAL EDITION
- Fork teleskopik standard 37mm
- Absober belakang jenis berkembar dengan sub-tank
- Brek cakera depan 260mm
- Brek cakera belakang 240mm
- AdaSistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh nyah aktif
- Panel meter TFT digital berwarna.
- Rim depan 15 inci dengan tayar 120/70
- Rim belakang 14 inci dengan tayar 140/70
- Ada kamera pemuka (dashcam) tapi di hadapan sahaja
SPESIFIKASI AVETA VANGUARD 250 (2025):
- Enjin silinder tunggal SOHC 4-injap dengan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api (FI)
- Kapasiti 244.2cc
- Kuasa maksimum 24.8hp @ 8,500rpm
- Tork maksimum 22.5Nm @ 6,500rpm
- Kotak gear automatik CVT dengan tali sawat
- Panjang 2,120mm
- Lebar 790mm
- Tinggi 1,345mm
- Jarak roda 1,535mm
- Tinggi tempat duduk 780mm
- Jarak dari bumi 160mm
- Berat kasar 177kg
- Tangki petrol 13 liter















