Morbidelli Vizy 125i (2026) rasmi di Malaysia Bike Show – Spesifikasi penuh, Harga RM4,988 dan 3 warna pilihan

Morbidelli Vizy 125i (2026) ialah model dua roda berkapasiti paling kecil dilancarkan Mforce Bike Holdings (Mforce) sempena Mforce MotoXperience 2026 di Malaysia Bike Show 2026 baru-baru ini.

Skuter ini pernah kami laporkan semasa melawat ibu pejabat Mforce di Pulau Pinang. Di pasaran luar, Morbidelli Vizy 125i ada ditawarkan sebagai Keeway Icon 125.

Harga Morbidelli Vizy 125i (2026)

Morbidelli SC200SR 2026 #MalaysiaBikeShow 2026

Harga badan Morbidelli Vizy 125i (2026) ialah RM4,988 seunit. Harga ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.

Warna Morbidelli Vizy 125i (2026)

Skuter Morbidelli Vizy 125i (2026) didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Bulk Black (hitam), Dash Yellow (kuning) dan Stun Red (merah).

Spesifikasi Morbidelli Vizy 125i (2026)

  • Enjin digunakan jenis 4-lejang silinder tunggal 123.6cc 2-injap SOHC dengan sistem sejukan udara dan suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa ialah 9.39hp pada 8,000rpm.
  • Tork maksimum 9.5Nm pada 6,000rpm.
  • Sistem transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat.
  • Enjin skuter boleh dihidupkan dengan menekan butang atau menggunakan penendang kaki.
  • Fork depan jenis teleskopik biasa, jarak travel 75mm.
  • Suspensi belakang jenis absober tunggal (monoshock), jarak travel 47mm.
  • Sistem brek membabitkan cakera depan 220mm kaliper 2-piston.
  • Brek belakang jenis drum 130mm.
  • Rim aloi digunakan bersaiz 14 inci depan dan belakang.
  • Saiz tayar standard digunakan ialah 80/90-14 (depan) dan 90/90-14 (belakang).
  • Ketinggian tempat duduk ialah 750mm.
  • Tangki minyak sebesar 4.5 liter.
  • Berat kasar ialah 103kg.
  • Panjang 1,905mm.
  • Lebar 650mm.
  • Tinggi 1,115mm.
  • Skuter ini menggunakan sistem pencahayaan LED penuh.
  • Ada soket USB Type-A dan Type-C.
  • Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless start system).

Laporan Berkaitan

Galeri Gambar Morbidelli Vizy 125i (2026)