SYM Husky 200 (2026) muncul di Malaysia Bike Show – Spesifikasi penuh, Harga RM10,998 dan 3 warna pilihan

Seperti yang pernah kami laporkan, SYM Husky 200 (2026) sah masuk pasaran Malaysia.

Skuter terbaharu itu dilancarkan Mforce Bike Holdings sempena Mforce MotoXperience 2026 di Malaysia Bike Show 2026 baru-baru ini.

Harga SYM Husky 200 (2026)

Harga badan SYM Husky 200 (2026) ialah RM10,998 seunit. Harga ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.

Warna SYM Husky 200 (2026)

Skuter SYM Husky 200 didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Glossy Green (hijau), Silk Purple (ungu) dan Pearl White (putih).

Meter SYM Husky 200

SYM Husky 200 kini dilengkapi meter jenis TFT bersaiz 5 inci TFT berwarna dengan fungsi tahap kecerahan automatik mengikut keadaan cahaya sekeliling. (SYM Husky 150 guna meter LCD).

Ada dua mode iaitu Day dan Night disediakan, dan paparan itu boleh ditukar secara automatik mengikut keadaan cahaya.

Spesifikasi SYM Husky 200 (2026)

  • Enjin 4-lejang jenis silinder tunggal 175cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
  • Kuasa dihasilkan 12kW @ 8,000rpm
  • Tork dijana 15.6Nm @ 7,000rpm
  • Kotak gear jenis CVT
  • Berat bersih skuter 152kg
  • Tinggi tempat duduk 810mm
  • Panjang 1,980mm
  • Lebar 780mm
  • Tinggi 1,225mm
  • Jarak bumi 112mm
  • Jarak roda 1,390mm
  • Fork teleskopik (depan). Absober monoshock (belakang)
  • Roda depan 13 inci dengan saiz tayar 120/70-13
  • Roda belakang 13 inci dengan saiz tayar 130/70-13
  • Brek cakera depan 260mm
  • Brek cakera belakang 230mm
  • Tangki minyak 15 liter
  • Ada soket USB Type A
  • Ada butang lampu Hazard Light

Laporan Berkaitan

Galeri Gambar SYM Husky 200 (2026)