
Ramai orang sudah tahu tentang skuter terbaru WMOTO Nexy 180i yang akan dilancarkan pada hujung minggu ini. Laporan tentang Nexy 180i juga sudah kami siarkan.
Sebenarnya, WMOTO Malaysia yang diurus MForce Bike Holdings (MForce) ada satu lagi model untuk dilancarkan bersama, dipercayai untuk kategori motosikal bobber-cruiser.
Menurut sumber dari beberapa rakan pengedar, model yang akan dilancarkan itu adalah WMOTO Bobbie II 450.
Maklumat awal juga mengatakan bukan motosikal bersama side car seperti Bobbie VII Side Car yang menjadi topik hangat beberapa bulan lalu.
Antara perincian WMOTO Bobbie II 450 ialah:
- Anggaran harga badan yang dikatakan bawah RM27,000! Ini bukan maklumat harga rasmi tapi infomasi dari sumber pengedar.
- Enjin jenis 2-silinder sebaris 449.5cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan.
- Ekzos berkembar.
- Pacuan jenis rantai.
- Rim aloi depan 17 inci, belakang 16 inci
- Brek cakera dan ada sistem brek ABS.
- Meter jenis TFT
- Tangki minyak 15 liter
- Berat motoikal 200kg?
ARTIKEL BERKAITAN
- Cerita Gambar: Apa yang ada pada WMOTO Cruiser AMT 125 (2025)?
- WMOTO EZ125i (2025) lancar dengan 4 warna pilihan, harga badan dari RM4,588
- WMOTO Cruiser AMT 125 (2025): Boleh tunggang Chopper macam skuter, konsep pulas dan jalan
- Pilih mana satu: Modenas Elit 150S atau WMOTO RT1 (2024)?
- WMOTO Bobbie VII Side Car (2025) dibuka tempahan, 100 unit pertama ada harga promosi special RM46,888
- Koleksi Gambar: Motosikal 3 roda WMOTO Bobbie VII (2025) Side Car versi CKD di Malaysia

