Minyak pelincir MForce Oil akan hadir dengan pek botol 1.2 liter tidak lama lagi

petronas lubricants MForce Oil

Sebelum ini, MForce Bike Holdings (MForce) mengesyorkan minyak pelincir PJ1 untuk kegunaan semua produk motosikal dan skuter dari pelbagai jenama di bawah edarannya.

Kini, saranan itu berubah kepada minyak pelincir jenama baharu iaitu MForce Oil yang dilancarkan ke pasaran Malaysia pada penghujung bulan lalu.

Menariknya, MForce Oil ini adalah produk yang dibangunkan dengan kerjasama PETRONAS Lubricants Marketing. Sebagai permulaan, ada lapan pilihan minyak pelincir disediakan dengan setiap satu berkapasiti 1 liter.

Memandangkan terdapat permintaan untuk pek minyak pelincir 1.2 liter, tawaran itu akan dizahirkan dalam tempoh beberapa bulanĀ akan datang.

Pek minyak pelincir 1.2 liter ini dilihat sebagai satu tawaran lebih berbaloi untuk pemilik motosikal dengan enjin memerlukan kapasiti minyak enjin tersebut. Contohnya, supermoped VOGE FR150 Formica Rossa.

Pengguna dan pemilik motosikal seperti FR150 tidak lagi perlu membeli dua botol pek 1 liter untuk servis dan penukaran minyak enjin.

Bila produk minyak pelincir MForce Oil pek 1.2 liter boleh didapati? Berdasarkan maklumat awal, pek tersebut akan berada dalam pasaran dalam tempoh 3 bulan lagi.

ARTIKEL BERKAITAN