Hanya 30 unit dihasilkan dan ada peminat di Malaysia berjaya beli model Aprilia RSV4 XGP edisi terhad?

Aprilia RSV4 XGP

Semua orang tahu tentang cerita 30 unit superbike Aprilia RSV4 XGP edisi terhad habis dijual dalam tempoh 14 hari. Harga seunit ialah €90,000 (anggaran RM443,799).

Tapi tahukah anda, salah satu pembelinya adalah dari Malaysia?

Kru kami dimaklumkan urusan untuk membawa masuk unit Aprilia RSV4 XGP berkenaan akan dibuat dengan bantuan Aprilia Malaysia (Didi Group).

Aprilia RSV4 XGP ialah koleksi motosikal sport yang dihasilkan pihak Noale Racing Department di Itali sebagai tanda untuk meraikan ulang tahun ke-10 debut Aprilia RSGP di MotoGP.

Aprilia sebenarnya kembali menyertai semula kancah MotoGP pada tahun 2015.

2015-Aprilia-RS-GP-Alvaro-Bautista-Marco-Melandri

Aprilia RS-GP tahun 2015

Aprilia RS-GP25

Aprilia RS-GP tahun 25

APA MENARIK TENTANG APRILIA RSV4 XGP

Aerodinamik

Aprilia RSV4 XGP

  • RSV4 XGP menerima reka bentuk aerodinamik daripada jentera lumba RS-GP25.
  • Inilah motosikal keluaran kilang yang dilengkapi leg wing and tail wings iaitu teknologi yang dibangunkan dan dipaten eksklusif pihak Aprilia Racing.
  • Leg wing dan tail wing mula digunakan pada jentera RS-GP25 semenjak beberapa bulan lepas.
  • Dua komponen ini membantu mengingkatkan downforce semasa membrek dan membelok.
  • Selain itu, RSV4 XGP didatangkan lengkap dengan front wing, under wing dan cornering wing. Fairing sisi pula direka untuk mengurangkan tekanan angin.
  • Keseluruhan fairing dibuat daripada gentian karbon oleh PAN Compositi.

Struktur

Aprilia RSV4 XGP

  • Satu lagi ciri yang diserap daripada prototaip jentera MotoGP ialah penyokong tempat duduk berasaskan gentian karbon. Ini juga dihasilkan pihak PAN Compositi.
  • Ia menggabungkan fungsi struktur, aerodinamik dan rekaan ke dalam satu elemen tunggal.
  • Aprilia juga menggunakan teknik khas yang dipanggil sebagai sandwich carbon layup iaitu suatu kaedah lapisan gentian karbon yang direka untuk meningkatkan aspek ringan ke tahap maksimum pada masa sama mengekalkan ketegaran struktur.
  • Ini membantu meningkatkan respons daripada tayar belakang sekali gus membolehkan penunggang merasai hubungan lebih langsung dengan tindak balas motosikal.

Ciri Eksklusif

Aprilia RSV4 XGP

  • Dilengkapi pakej ekzos berkembar eksklusif SC Project titanium gayaan penuh 4×2 replika MotoGP. Sistem ekzos ini direka untuk memberi hasil prestasi tertinggi dan menghasilkan nada bunyi perlumbaan sebenar.
  • Liveri khas yang diinspirasi daripada jentera RS-GP25.

Enjin

  • Aprillia RSV4 X-GP menggunakan enjin legenda V4 65º berkapasiti 1,099cc dengan spesifikasi perlumbaan SBK. Tapi dapat talaan jurutera Aprilia Racing untuk output kuasa berikut:
    • Kuasa maksimum 238hp @ 13,750rpm (boleh rev sampai 14,100rpm)
    • Tork puncak 131 Nm @ 11,750rpm.
  • Angka output ini dicapai menerusi talaan khas, nisbah mampatan lebih tinggi, penggunaan penapis udara perlumbaan Sprint Filter, trumpet ambilan (intake) khas, dan ekzos titanium SC Project serta sistem klac kering STM.

Elektronik

Aprilia RSV4 XGP

  • Semua sistem elektronik aktif dikawal APX ECU yang dibangunkan pihak Aprilia Racing.
  • Sistem ECU itu menggunakan strategi sama macam peringkat perlumbaan dan boleh ditala mengikut cara tunggangan dan keadaan di trek.
  • Ia juga lengkap dengan perolehan data dan analisis prestasi.
  • Sistem APX menguruskan pembrekan enjin, kawalan wheelie, kawalan cengkaman dan hantaran kuasa dari satu gear ke gear lain.
  • Motosikal juga ada modul GPS dalaman.
  • Setiap unit RSV4 X-GP didatangkan bersama komputer riba khas Yashi yang ada perisian untuk pengurusan ECU dan talaan semula motosikal.

Aspek Lain

  • Casis jenis dual beam diperbuat daripada aluminium.
  • Suspensi dari Ohlins,membabitkan fork FKR siap tabung dengan kawalan mekanikal, boleh laras prabeban spring dah hidraulik.
  • Absober monoshock belakang Ohlins TTX monoshock (piggyback) yang boleh dilaras sepenuhnya (prabeban sprong, jarak roda dan hidraulik).
  • Stereng damper Ohlins boleh laras
  • Sistem brek Brembo iaitu Brembo PR19x16 master cylinder, kaliper monoblok GP4 MS, pad brek perlumbaan Z04 dan cakera Brembo DP 330mm T Drive. Kaliper brek belakang dengan kemasan nikel.
  • Rim Marchesini M7R GENESI (depan 17 inci x 3.5 inci, belakang 17 inci x6 inci)
  • Tayar Pirelli Superbike slick (SC-1 depan 125/70, SC-X belakang 200/65).