
MForce Bike Holding (MForce) membuka segmen produk baharu di bawah jenama WMOTO dengan pelancaran motosikal chopper dengan sistem transmisi automatik.
Model itu dipanggil WMOTO Cruiser AMT 125 (2025) dan didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Green (hijau), Cream (kuning cair) dan Black (hitam).

Menyentuh mengenai sistem transmisinya, ini adalah motosikal chopper/cruiser pertama bawah label WMOTO dengan sistem kotak gear CVT. Konsepnya ialah pulas dan jalan.
Jika di pasaran luar, label digunakan ialah Cyclone YOMI 125 iaitu produk keluaran pihak Zongshen (atau Zonsen).
SPESIFIKASI WMOTO CRUISER AMT 125 (2025)
- Enjin 4-lejang silinder tunggal 124cc dengan sistem penyejukan udara.
- Kotak gear CVT automatik dengan sistem operasi seperti model skuter konvensional.
- Enjin dihidupkan dengan butang pemula.
- Kuasa maksimum: 5.8kW @ 8,000rpm
- Tork puncak: 8.8Nm @ 6,000rpm
- Sistem pencahayaan jenis LED untuk lampu depan dan belakang.
- Meter ada jenis kombinasi analog dan digital serta LCD sepenuhnya.
- Sistem fork konvensional dengan set absober berkembar di belakang.
- Sistem brek cakera tunggal depan-belakang, siap ada sistem brek ABS dua saluran (depan dan belakang).
- Saiz tangki minyak 6 liter.
- Tayar depan 80/90-17
- Tayar belakang 140/70-13
- Ketinggian tempat duduk 650mm (jika ikut model global)
- Panjang 2,120mm
- Lebar 818mm
- Tinggi 1,130mm
- Berat 119kg












































