
Siri minyak pelincir terbaharu berjenama MForce Oil akan memasuki rangkaian pengedar dan kedai motosikal seawal 15 Oktober ini.
Menariknya, siri minyak pelincir itu adalah produk yang terhasil menerusi kerjasama strategik bersama pihak PETRONAS. Malah label pada botol ada logo MForce Oil Powered by PETRONAS.

Sebahagian rangkaian produk MForce Oil dipamerkan di ruang legar sempena majlis Mid Autumn Gala anjuran MForce Bike Holdings semalam.
Pelancaran rangkaian produk itu dibuat selepas selesai majlis memandatangani Memorandum Perjanjian antara pihak MForce dan Petronas Lubricants Marketing (Malaysia).
Ketua Pegawai Operasi, Asri Ahmad yang mewakili pihak MForce bertukar dokumen dengan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) iaitu Mohd. Zameer Zahur Hussain.
8 PILIHAN MINYAK PELINCIR MFORCE OIL
MForce Oil didatangkan dengan lapan pilihan minyak pelincir yang memenuhi keperluan motosikal dalam pelbagai segmen. Ini adalah senarai dan harga pasaran MForce Oil:




INI KELEBIHAN MFORCE OIL
- Minyak pelincir berkualiti tinggi hasil kerjasama MForce-PETRONAS yang memenuhi piawaian antarabangsa
- Membantu memastikan prestasi enjin motosikal tahan lebih lama, efisien serta mesra alam.
- Dihasilkan melalui formulasi menggunakan teknologi pelincir terkini daripada PETRONAS yang menjamin prestasi dan kebolehpercayaan tinggi.
- Menggunakan formulasi menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh MForce dengan gabungan teknologi aditif canggih serta minyak asas berkualiti tinggi. Tujuan untuk perlindungan enjin lebih optimum dan lebih cekap.





