
MForce Bike Holdings (MForce) mengumumkan syarikat tersebut ada rancangan meluaskan rangkaian bisnes motosikal ke beberapa negara ASEAN dan juga China tidak lama lagi.
Buat masa ini, MForce sudah beroperasi di Indonesia sejak tahun 2012 dengan beberapa jenama motosikal dan skuter iaitu SM Sport, SYM, WMOTO, CFMOTO, ZEEHO….dan Zontes.
Ya, siri model skuter 368 Zontes memang ada di laman web rasmi MForce Indonesia.
Semasa majlis makan malam Mid Autumn Gala, Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad dalam ucapannya menyatakan, MForce juga akan meneroka pasaran motosikal di Vietnam.
“Kita akan melancarkan MForce Vietnam pada 27 November ini dan ada rancangan untuk buka MForce di China dan Thailand.”
Kalau diikutkan, MForce sebenarnya sudah ada di Vietnam dan beroperasi di Bandar Raya
Ho Chi Minh.
Model yang ditawarkan membabitkan motosikal berkapasiti sederhana-tinggi iaitu dari 250cc sehingga 800cc dari jenama CFMOTO dan BENDA.
Kru kami difahamkan, MForce juga akan meneroka pasaran di China dan kemudian ke pasaran Thailand. Pengumuman terperinci mengenai rancangan ini akan dibuat MForce tidak lama lagi.
MFORCE JUAL MOTOR DI CHINA?
MForce akan ke China tetapi bukan untuk bisnes jual motosikal di pasaran negara tersebut. Itu bukan matlamat atau misi mereka.
MForce ke China untuk membuka sebuah pejabat operasi yang akan terlibat dalam pengurusan semua kerja berhubung eksport dari China ke negara-negara lain. Antara negara dimaksudkan ialah Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand.
Bukan itu sahaja, maklumat kru kami terima mengatakan MForce China juga akan mengendalikan urusan eksport ke Eropah.
Maklumat kami terima mengatakan buat masa ini, semua urusan tersebut dibuat secara terus di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN
- MForce Oil Powered by PETRONAS: 8 pilihan minyak pelincir untuk keperluan motosikal, skuter
- MForce bina pusat jualan dan servis terbesar Malaysia, dijangka siap Oktober ini
- MForce Motorshow 2026 bawa lebih banyak kejutan, jenama baru dan berfokus komuniti
- MForce mahu kuasai sehingga 20 peratus pasaran motosikal dan skuter Malaysia tahun 2025

