MForce Bike Holding (MForce) mahu gandakan usaha sepanjang tahun 2025 untuk terus memperkenalkan model-model motosikal dan skuter baru yang lebih mampu milik ke Malaysia.
Sekarang, MForce sudah menjadi pengeluar, pemasangan dan pembekal 12 jenama motosikal dan skuter dan akan rancangan menambah beberapa jenama baru di Malaysia tak lama lagi.
Untuk 2024, MForce sudah memiliki 14 peratus pasaran (market share) untuk motosikal dan mahu meningkatkan jumlah itu kepada sekurang-kurangnya 20 peratus untuk tahun ini.
Bukan hanya jual motosikal dan skuter, MForce juga mahu meningkatkan khidmat selepas jualan dan bercadang menjual alat ganti lebih rendah iaitu 52 peratus dari pesaing segmen sama.
Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad semasa berucap memberi satu contoh iaitu set badan SYM Husky ADV150 akan ditawarkan pada harga RM380!
Rasanya tawaran set panel badan itu dibuat untuk tempoh tertentu. Nampak macam cara MForce ini agak bijak untuk membuat rancangan untuk tahun 2025 dan ini sudah tentunya menguntungkan pemilik dan pengguna di Malaysia.