
AVETA Motor Malaysia (Aveta Motor) menerusi pengedarnya, Smart Bike secara rasminya membuka premis pertama AVETA Elite Centre di Kepayan Pintas Square, Kota Kinabalu di Sabah.
Misi Aveta Motor ialah menjadi jenama motosikal nombor 1 di Sabah dan menyampaikan penyelesaian mobiliti inovatif dan fokus kepada pelanggan di Malaysia Timur.

Apa itu Aveta Elite Centre?

Aveta Elite Centre ini ialah satu pusat sehenti (one stop center) yang menjual motosikal, ada alat ganti dan servis khas untuk pengguna Aveta.
Aveta Elite Centre berbeza sedikit dengan Aveta Service Corner.
Aveta Service Corner pula adalah pengedar sah bertauliah yang ada pusat servis yang tertumpu kepada perkhidmatan penyelenggaraan dan jualan motosikal Aveta.
Aveta Elite Centre di Smart Bike memiliki keluasan 2,500 kaki persegi. Premis ini ada ruangan istirahat pelanggan, bilik hiburan dan ruang khas pameran motosikal serta barangan berjenama Aveta.
Premis ini juga menyediakan sokongan penuh untuk perkhidmatan selepas jualan (servis dan alat ganti) serta memiliki tenaga penasihat terlatih untuk membantu pelanggan.
Aveta Elite Centre juga membolehkan pelanggan mendapat akses kepada rangkaian penuh motosikal Aveta dan model-model eksklusifnya.
Mengapa Pusat Pertama Aveta Elite Centre di Sabah?
Berdasarkan kenyataan yang diterima, Pengarah Smart Bike, Jordan Chang berkata:
- Sabah ialah pasaran paling besar untuk jenama Aveta.
- Malah penunggang di negeri berkenaan disifatkan sebagai sukakan adventure, bersifat setia dan teruja dengan jenama Aveta. Itu
- Pusat Aveta Elit Centre ialah cara untuk pulangkan sokongan yang diberi pelanggan.
Ada Model Eksklusif Muncul di Aveta Elite Centre Sabah?
Sempena pembukaan pusat Aveta Elite Centre di Sabah, Aveta Motor turut membawa sebuah model khas untuk memeriahkan majlis tersebut.
Model itu ialah Aveta Ranger Max Explorer Special Edition (SE) dengan pilihan warna Neon Green (hijau terang). Sebelum ini, Ranger Max Explorer SE hadir dengan warna Storm Blue.

Majlis perasmian disempurnakan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah, Datuk Dexter Lau; Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim; Pengurus Besar Kanan Jualan Aveta Malaysia, Hon dan pihak pengurusan Smart Bike: Joe Hung (Pengarah Urusan), Jordan Chang (Pengarah) dan Mohd. Din (Pengurus Jualan Kanan).
ARTIKEL BERKAITAN AVETA
- Ada rancangan lancar skuter Aveta NOVA 160 versi ABS?
- Viral gambar 2 warna Aveta NOVA 250 (2025), jadi lancar November ini?
- Aveta Malaysia umum cogan kata baharu: Redefining Boundaries
- Aveta beri bayangan kedatangan model baru, kedai motor pula buka tempahan untuk Marvel 150?
- Aveta Malaysia kemas kini varian Ranger Max Explorer (2025), lancar varian SE
- Apa kaitan Aveta Motor Malaysia dengan Demak?











