Aveta Malaysia mengumumkan kedatangan mode Ranger Max Explorer versi naik taraf untuk tahun 2025.
Selain varian Standard, Aveta juga memperkenalkan varian Edisi Khas (SE) untuk tahun ini. Enjin digunakan masih sama macam model terdahulu.
Motosikal cub cross adventure ini mendapat beberapa penambahbaikan dan pilihan warna baru untuk varian Standard.
APA YANG BERUBAH?
- Brek cakera untuk roda depan dan belakang
- Madgad depan dengan rekaan terkini dengan pelapik fender baru
- Butang kawalan bar hendal ditambah baik
- Pemegang bar hendal juga dipertingkatkan dan ada pengimbang (balancer) di hujung bar hendal.
- Casis T-Bone diperkukuhkan
- Jarak ketinggian dari bumi bertambah 10mm menjadi 190mm
- Ada kerja-kerja dilakukan untuk menambah baik sistem absober, sistem pendawaian, meter laju (speedometer), kabel pendikit (throttle cable), swing arm, pemijak kaki pembonceng dan tongkat.
APA YANG DIBUANG?
- Aveta memilih untuk menanggalkan pam vakum (vacuum pump) untuk membolehkan aliran petrol lebih efisien.
- Khabarnya, sistem pembekalan bahan api sudah ditambah baik.
VARIAN STANDARD
- Aveta Ranger Max Explorer versi Standard tahun 2025 ada pilihan warna baru Iron Grey.
- Varian ini menggunakan rim jejari 18 inci depan dan 16 inci belakang, siap tayar dwi-kegunaan.
- Harga badan varian Standard masih sama iaitu RM6,988 – tak masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
VARIAN EDISI KHAS
- Aveta Ranger Max Explorer varian Special Edition (SE) didatangkan dengan warna Storm Blue.
- Rim aloi digunakan bersaiz 17 inci dwi tona untuk depan dan belakang.
- Saiz tayar depan 80/90 dan belakang 90/90
- Tayar digunakan jenis Street.
- Ada penutup ekzos bergaya
- Harga badan Aveta Ranger Max Explorer SE ialah RM7,188.
25 PEMBELI AWAL DAPAT GANJARAN
- Seramai 25 pelanggan terawal akan menerima kotak simpanan atas kustom sebesar 35 liter untuk Ranger Max Explorer yang bernilai lebih RM599.






