Motosikal premium, harga pun premium.
Ini situasi untuk kebanyakan jenama motosikal, biasanya dari pengeluar atau pembuat dari negara maju – biasanya dari Eropah dan Amerika Syarikat (USA).
Nak dijadikan cerita, trend semakin berubah bila jenama-jenama dari China mula masuk ke pasaran Malaysia.
Ini bukan cerita pengeluar automotif China 20 tahun lepas yang jual barang cap ayam di Malaysia tapi ini cerita jenama yang baru masuk dalam tempoh 2-5 tahun lalu.
Oleh kerana pengeluar-pengeluar China macam ini, dapat juga peminat motosikal dapat beli motor yang mereka inginkan ikut dompet sendiri (kemampuan kewangan).
Kenapa bercakap tentang premium? Sebabnya….ada satu jenama motosikal gaya premium dari China akan datang ke Malaysia. Jenama ini dipanggil X-WEDGE.
Kalau ikut laporan media yang ke China baru-baru ini, X-WEDGE akan datang ke Malaysia pada suku ketiga (Q3) – Ogos hingga September 2025. Syarikat yang bawa jenama ini ialah MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce).
X-WEDGE ada hasilkan lima model motosikal, kebanyakannya gaya cruiser dan satu bentuk spider. Motosikal X-WEDGE ini guna enjin V-Twin dengan kapasiti 1,000cc hingga hampir 2,000cc.
Ini model motosikal X-WEDGE:
- Walker WR1000
- Rover RL2000
- Vanguard VT2000
- Ranger RX2000
- Voyager VS2000
Tapi bukan semua model X-WEDGE akan masuk Malaysia, sebabnya mana-mana nak dibawa masuk ini kena sesuai dengan peraturan atau syarat teknikal di Malaysia (ini libat keputusan Jabatan Pengangkutan Jalan).