Dua tahun lepas (Mac 2023), MForce Bike Holdings (MForce) menyatakan minat mahu sertai perlumbaan Malaysian Cub Prix (MCP) dengan jentera kapcai super (supermoped) 150cc yang mereka akan lancarkan.
Minggu ini, janji yang ditabur sudah dikotakan dengan pengenalan rasmi pelumba pasukan VOGE Racing Team yang dikuasakan AS25 Academy dan penampilan livery rasmi jentera lumba.
Pelumba dan pengurusan VOGE Racing Team AS25 Academy ini bukan orang-orang baru tapi sudah terbiasa dengan realiti sebenar jatuh-bangun dunia perlumbaan.
Prinsipal AS25 Academy ialah Azlan Shah Kamaruzzaman yang baru dinobatkan sebagai Ikon Sukan Permotoran Malaysia oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM).
Tiga pelumba diumumkan Azlan untuk saingan MCP dan juga Asia Road Racing Championship (ARRC) untuk musim 2025:
- Afizi Supaat (MCP & ARRC)
- Afizad Supaat (MCP)
- Muzakkir Mohamed (MCP)
Kenapa VOGE Malaysia nak ambil risiko masukkan motosikal China ke kandang lumba yang sudah dikuasai Yamaha dan Honda di litar-litar Malaysia….. bukan ke ini satu kerja gila?
Apa beberapa sebab sebenarnya iaitu:
- Ini proses membina jenama (branding) VOGE FR150 Formica Rossa di Malaysia
- Sukan berlumba macam CubPrix boleh popularkan model motosikal dan menang kepercayaan lebih ramai orang
- VOGE yakin supermoped ini setanding dengan motosikal popular Jepun